John_Harvey_Kellogg
John_Harvey_Kellogg

John_Harvey_Kellogg

John Harvey Kellogg, M.D. (26 Februari 1852 – 14 Disember 1943) merupakan seorang doktor perubatan, pakar pemakanan, pereka, aktivis kesihatan dan ahli perniagaan Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengarah Sanitarium Battle Creek di Battle Creek, Michigan. Sanitarium ini telah dibina oleh ahli mazhab Geraja Seventh-day Adventist yang menggabungkan aspek spa Eropah, institusi hidroterapi, sebuah hospital dan sebuah hotel kelas tinggi. Kellogg membantu bukan sahaja golongan kaya dan terkenal, tetapi termasuk golongan miskin yang tidak mampu pergi ke hospital lain. Perselisihan dengan ahli geraja yang lain telah menyebabkan pepecahan besar dalam denominasi: Kellogg telah "dibuang" pada tahun 1907, namun masih meneruskan banyak kepercayaan Adventist dan mengarahkan sanitarium sehingga ajalnya pada tahun 1943. Kellogg juga turut membantu membangunkan Kolej Misionari Perubatan Amerika yang diasas pada tahun 1895 dan beroperasi sehingga tahun 1910 sebelum bergabung dengan Universiti Negeri Illinois. Kellogg dikenali hari ini sebagai pencipta bijian sarapan yang dikenali sebagai emping jagung bersama adiknya, Will Keith Kellogg.[1][2]Kellogg mengahwini Ella Ervilla Eaton dari tahun 1879 sehingga kematian Eaton pada tahun 1920. Mereka telah mengambil tujuh orang anak angkat. Kellogg meninggal dunia pada 14 Disember 1943 di Battle Creek, Michigan di usia 91 tahun.[1]

Rujukan

WikiPedia: John_Harvey_Kellogg http://www.ex-sda.com/john.htm http://www.healthexhibits.com/web-gallery-2/index_... http://www.thesoydaily.com/SFC/adventist02.asp http://uli.nli.org.il/F/?func=direct&doc_number=00... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p139278311 http://www.adventistarchives.org/DocArchives.asp //archive.org/search.php?query=((subject:%22Kellog... //archive.org/search.php?query=((subject:%22Kellog... http://www.gutenberg.org/author/Kellogg,+E.+E.+(El... http://www.gutenberg.org/author/Kellogg,+John+Harv...