Enceladus_(bulan)
Enceladus_(bulan)

Enceladus_(bulan)

Enceladus (en-sel'-ə-dəs, IPA /ɛnˈsɛlədəs/, Greek Εγκέλαδος) ialah bulan Zuhal ke-6 terbesar, ditemui pada 1789 oleh William Herschel[12][13]. Kapal angkasa Voyager pada awal 1980-an mendapati diameter Enceladus cuma 500 kilometer (310 mi), satu persepuluh bulan terbesar Zuhal, Titan, dan ia memantulkan hampir semua cahaya matahari yang mengenainya. Walaupun saiznya kecil, Enceladus mempunya jenis permukaan yang pelbagai daripada permukaan berkawah yang banyak dan tua hingga bentuk muka bumi yang dibentuk oleh tektonik muda.Pada 2005, Cassini mula melintas terbang Enceladus. Kuar ini menemui bukti kewujudan air di Enceladus, kepulan kaya-air yang meletus dari kawasan kutub selatan bulan ini.[14] Kriovolkano meledakkan jet wap air ala-geiser, bahan meruap lain, dan pepejal seperti hablur natrium klorida dan ais ke angkasa, berjumlah lebih kurang 200 kilogram (440 lb)* sesaat.[15][16][17] Sebahagian air ini jatuh kembali ke permukaan sebagai "salji".Penemuan ini, dan kehadiran pengeluaran haba dalaman menandakan bahawa Enceladus, dan daerah kutub selatan khususnya, masih aktif secara geologi kini. Enceladus ialah salah satu daripada tiga jasad sistem suria (bersama dengan bulan Musytari Io dan bulan Neptun Triton yang letusan aktifnya dapat diamati. Pada 2014, NASA melaporkan bukti adanya lautan bawah tanah air cecair besar di kutub selatan Enceladus dengan ketebalan kira-kira 10 km telah dijumpai oleh Cassini.[18]

Enceladus_(bulan)

Dimensi 513.2 × 502.8 × 496.6 km [4]
Tekanan atmosfera surih, keragaman ruang ketara[9][10]
Min jejari 7005252100000000000♠252.1±0.2 km [4] (6998395000000000000♠0.0395 Bumi, 6999145100000000000♠0.1451 Bulan)
Min ketumpatan 7000160900000000000♠1.609±0.005 g/cm³ [4]
Paksi semimajor 7008237948000000000♠237948 km
Tempoh orbit 7005118386835200000♠1.370218 h[3]
Sebutan /ɛnˈsɛlədəs/ en-SEL-ə-dəs
Magnitud ketara 11.7 [8]
Nama alternatif Zuhal II
Tarikh penemuan 28 Ogos 1789[1]
Graviti permukaan khatulistiwa 0.114 m/s² (6998113000000000000♠0.0113 g)
Kecondongan 0.019° (daripada khatulistiwa Zuhal)
Suhuminpuratamax • Kelvin[7]
Suhuminpuratamax
Kelvin[7] 32.9 K75 K145 K
Kesipian 6997470000000000000♠0.0047 [2]
Kecondongan paksi Sifar
Albedo 7000137500000000000♠1.375±0.008 (geometri) atau 0.99 (Bond) [6]
Komposisi 91% wap air
4% nitrogen
3.2% karbon dioksida
1.7% metana[11]
Ditemui oleh William Herschel
Halaju lepas 0.239 km/s (860.4 km/j)
• Kelvin[7] 32.9 K
Jisim 7020108022000000000♠(1.08022±0.00101)×1020 kg [5] (1.8×10-5 Bumi)
Satelit bagi Zuhal
Tempoh putaran Segerak

Rujukan

WikiPedia: Enceladus_(bulan) http://www.ssc.uwo.ca/geography/spacemap/enceladu.... http://www.cosmosmagazine.com/features/secret-life... http://www.cosmovisions.com/SaturneChrono02.htm http://www.msnbc.msn.com/id/11736311/ http://www.solarviews.com/eng/enceladu.htm http://adsabs.harvard.edu/abs/2006Sci...311.1401S http://adsabs.harvard.edu/abs/2006Sci...311.1406D http://adsabs.harvard.edu/abs/2006Sci...311.1419W http://adsabs.harvard.edu/abs/2006Sci...311.1422H http://photojournal.jpl.nasa.gov/target/Enceladus