Sejarah Engkilili

Kubu Leonora

Kubu Leonora atau Fort Leonora telah dibina pada tahun 1924 oleh Rajah Sarawak yang ketiga iaitu Sir Charles Vyner Brooke. Berbeza dengan kubu yang lain, pembinaan kubu ini tidak berfungsi untuk mempertahankan pekan ini daripada serangan pemberontak ketika era pemerintahan Brooke. ianya dibina sebagai pusat pentadbiran untuk pegawai Sarawak Kingdom di Engkilili. Struktur kubu ini pula terdiri daripada sebuah binaan rumah yang ringkas. Nama kubu ini diambil bersempena nama anak perempuan sulung Charles Vyner Brooke iaitu Dayang Leonora Margaret. Ketika era penjajahan Jepun, kubu ini digunakan sebagai pejabat kempeitai. Pada era penjajahan British pula, ia dijadikan pejabat daerah kecil untuk penjawat Koloni British Borneo. Kubu ini pernah dijadikan markas untuk tentera Komanwel pada tahun 1961-1966 ketika era Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Bangunan asal kubu ini telah dirobohkan bagi mendirikan bangunan Pejabat Daerah Kecil Engkilili yang ada sekarang.[7]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Engkilili http://www.borneoinsidersguide.com/bigfeatures/leg... http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/engkilil... http://batunabauengkelili.blogspot.my/2016/03/hist... http://lurvecrying.blogspot.my/2011/07/buah-engkil... http://sejarahsriaman.blogspot.my/2007/12/daerah-k... http://thebrokenshield.blogspot.my/2009/02/legendo... http://wilsonchin.blogspot.my/2015/06/batunabausna... http://www.lubokantudc.sarawak.gov.my http://www.sarawakiana.net/2016/03/batunabauularge... https://www.facebook.com/BorneoOracle/photos/a.449...