Perindustrian Enokitake

Cendawan Enokitake hasil penanaman yang boleh dituai sepanjang tahun. Industri penanaman Enokitake agak berbeza dari Enokitake yang tumbuh meliar. Cendawan hasil penanaman dilindungi dari sinar matahari sehingga berwarna putih, sedangkan cendawan liar berwarna coklat hampir merah jambu. Cendawan hasil penanaman juga memiliki batang yang panjang dan kurus-kurus, sedangkan cendawan liar memiliki batang yang lebih pendek dan gemuk. Rasa cendawan tanam juga sangat berbeza dengan cendawan yang tumbuh meliar.

Enokitake yang tersedia di pasar merupakan hasil penanaman. Cendawan ditanamkan dengan menggunakan botol plastik atau beg plastik. Cendawan memerlukan 30 hari pada suhu 15°C dan kelembaban 70% di atas medium serbuk gergaji atau serbuk bonggol jagung ditambah pelbagai bahan campuran lain. Setelah itu, cendawan masih perlu tumbuh 30 hari lagi dengan suhu yang lebih sejuk dan lebih lembab.

Cendawan dilindungi dari sinaran matahari dan dipaksa tumbuh di dalam botol plastik atau beg plastik yang sempit. Cendawan yang terus mencari sinaran matahari akhirnya tumbuh terus ke atas hingga menjadi panjang-panjang dan kurus. Cendawan memang boleh tumbuh tanpa sinar matahari, tapi sinaran matahari tetap diperlukan pada penyebaran spora.