Sejarah Epal

Punca kepelbagaian genus Malus adalah di Turki timur. Pokok epal mungkin merupakan tumbuhan terawal yang menjadi tanaman pertanian[7]; buah-buahannya diperbaiki melalui proses pemilihan selama ribuan tahun. Iskandar Agung dihargai kerana menemui tumbuhan epal kerdil di Asia Minor pada 300 SM;[2] epal yang dibawanya kembali ke Macedonia mungkin dijadikan leluhur kepada pokok penanti kerdil. Epal musim sejuk yang dipetik pada akhir musim luruh lalu disimpan dalam suhu yang sedikit melebihi takat beku, telah menjadi makanan penting di Asia dan Eropah selama ribuan tahun, dan juga di Argentina dan Amerika Syarikat sejak kedatangan orang Eropah.[7] Epal dibawa masuk ke Amerika Utara bersama kolonis pada abad ke-17,[2] dan dusun orchard pertama di benua Amerika Utara dipercayai berdekatan Boston pada tahun 1625. Pada abad ke-20, projek pengairan di negeri Washington dilancarkan untuk memacu pembangunan industri buah-buahan bernilai ribu jutaan dolar yang diterajui oleh spesies epal.[2]

Sehingga abad ke-20, petani menyimpan epal dalam bilik kalis ibun pada musim sejuk untuk kegunaan diri atau perdagangan. Kemajuan pengangkutan epal segar dengan keretapi atau jalan raya menidakkan keperluan menyimpan.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: Epal http://www.foodscience.csiro.au/refrigerated.htm http://www.bestapples.com/facts/facts_controlled.s... http://www.bestapples.com/healthy/ http://www.calpoison.com/public/food.html#Ecoli http://www.foodsdatabase.com/LinkedLabel.aspx?Food... http://www.fruitgrowersnews.com/pages/2004/issue04... http://forums.gardenweb.com/forums/load/harvest/ms... http://books.google.com/?id=YvU1XnUVxFQC&lpg=PT39&... http://books.google.com/books?id=9KwPofkJTHYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ngAVBYuRyb8C&pg=P...