Equus_(genus)
Equus_(genus)

Equus_(genus)

E. africanus - Keldai Liar Afrika
E. ferus - Kuda Liar
   E. ferus caballus - Kuda Jinak
E. grevyi - Kuda Belang Grevy
E. hemionus - Onager
E. kiang - Kiang
E. quagga - Kuda Belang Dataran
E. zebra - Kuda Belang GunungEquus merupakan genus haiwan dalam keluarga Equidae yang terdiri daripada kuda, keldai, dan kuda belang. Dalam Equidae, Equus merupakan satu-satunya genus yang wujud. Seperti Equidae secara umumnya, Equus merangkumi banyak spesies pupus yang hanya diketahui dari fosil. Rencana ini tertumpu pada spesies-spesies yang masih wujud.Equus berasal dari bahasa Latin equus yang bermaksud "kuda",[1] seasal dengan perkataan Yunani "ἵππος" (hippos),[2] yang berasal dari perkataan Ionik "ἴκκος" (ikkos), "kuda",[3][4] yang berasal dari Bahasa Yunani Mykenai iaitu i-qo. I-qo merupakan bentuk terawal yang diakui untuk perkataan berkenaan, dan terdapat pada tulisan suku kata Linear B.[5]