Era_(geologi)

Dalam geologi, era adalah subbahagian waktu geologi yang membahagikan eon menjadi bahagian yang lebih kecil. Eon Fanerozoik, yang kini sedang berlaku, dibahagi menjadi tiga era: Paleozoik, Mesozoik, dan Senozoik. Setiap era ini mewakili tahap utama dalam catatan fosil makroskop yang masing-masing dipisahkan oleh kepupusan: sempadan P-T antara Paleozoik dan Mesozoik dan sempadan K-T antara Mesozoik dan Senozoik. Terdapat bukti-bukti bahawa hentaman meteor memainkan peranan dalam penentuan sempadan antara era.Hadean, Arkean, dan Proterozoik sebelumnya digabungkan dalam eon Prakambria. Eon tersebut merangkumi empat bilion tahun dalam sejarah Bumi sebelum kemunculan haiwan bercangkerang keras. Kebelakangan ini, mereka telah dipromosikan menjadi eon sendiri dan masing-masing dibagi menjadi beberapa era.