Era_pembinaan_semula_Amerika_Syarikat

Era pembinaan semula (bahasa inggeris:reconstruction) di Amerika Syarikat merujuk kepada zaman dalam sejarah Amerika Syarikat yang merangkumi selepas Perang Saudara antara tahun 1865 dan 1877."Pembinaan semula" ialah istilah yang merujuk kepada dasar-dasar yang dilaksanakan pada tahun tersebut apabila seluruh Amerika Syarikat tertumpu kepada memenangi Perang Saudara, menghapuskan perhambaan, mengalahkan Konfederasi, membina semula negara dan meminda Perlembagaan Amerika Syarikat. Dasar pembinaan semula dibahaskan di Utara sebaik sahaja perang bermula, dan bermula selepas Pengisytiharan Emansipasi yang dikeluarkan pada 1 Januari 1863. Penawanan ke atas kawasan-kawasan di Selatan oleh kerajaan persekutuan membawa kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru dan lebih majmuk. Presiden Abraham Lincoln merupakan penggubal dasar utama sehingga beliau dibunuh pada bulan April 1865. Pembinaan semula bermula di setiap negeri sebaik sahaja tentera persekutuan mengawal kebanyakan negeri.

Berkaitan