Selatan_Amerika_Syarikat
Selatan_Amerika_Syarikat

Selatan_Amerika_Syarikat


Selatan Amerika Syarikat, selalunya dirujuk sebagai Selatan Amerika, Dixie atau hanya Selatan mengandungi satu kawasan besar di tenggara dan selatan tengah Amerika Syarikat. Kerana warisan budaya dan sejarah kawasan ini yang unik termasuk kaum Asli Amerika; peneroka awal Eropah dari Sepanyol, England dan Perancis; kemasukan beribu-ribu hamba dari Afrika; pertumbuhan ramai penduduk Amerika Afrika, pergantungan kepada buruh hamba dan warisan Konfederasi selepas Perang Saudara Amerika, Selatan membangunkan adat, sastera, muzik dan makanan tersendiri.Wilayah Selatan terdiri dari negeri moden Maryland, Virginia, Tennessee, Arkansas, Louisiana, Missouri, North Carolina, South Carolina, Mississippi, Alabama, Georgia, Florida dan Texas. Sementara itu beberapa negeri kadang-kadang dianggap termasuk dalam wilayah Selatan adalah Delaware, West Virginia, Kentucky dan Oklahoma.