Sejarah Eri_Kamei

Menyertai Morning Musume dalam tahun 2003, Kamei dikenali sebagai seorang anggota yang pemalu. Dia juga dikenali sebagai seorang yang pelik, kerana kegemarannya yang suka kepada benda-benda pelik seperti tempat yang sempit dan duduk di penjuru dinding. Oleh sebab itu, ramai yang menggemari beliau.

Di penghujung 2004 Kamei dikatakan telah berubah setelah menerima segmennya sendiri dalam rancangan varieti Jepun Hello! Morning. Di dalam segmen yang dikenali sebagai "Eric Kamezō no Maido Arii!" (エリック亀造の毎度ありぃ!), dengan hos bersama Nakazawa Yuko, dan beberapa tetamu jemputan mempromosikan produk-produk terbaru dari Hello! Project. Segmen ini telah ditamatkan pada musim sejuk 2005, namun beliau sentiasa muncul dalam rancangan tersebut.

Dalam tahun 2004, dia muncul dalam 2004 Hello! Project shuffle units unit H.P. All Stars. Dia juga terlibat dengan Morning Musume Sakuragumi sewaktu Morning Musume dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Pada 8 Ogos 2010, Tsunku telah mengumumkan di blognya Junjun, Linlin, dan Kamei Eri akan graduasi dari Morning Musume. Pada 15 Disember 2010, Eri, bersama Junjun dan Lin Lin,telah graduasi dari Morning Musume dan Hello! Project di konsert terakhir Rival Survival. Konsert itu telah diadakan di Yokohama Arena, secara lansung dalam 3D.