Erin_Brockovich
Erin_Brockovich

Erin_Brockovich

Erin Brockovich (lahir Pattee, 22 Jun 1960) ialah seorang kerani undang-undang, peguambela pengguna dan aktivis alam sekitar Amerika Syarikat. Keadaan beliau yang kurang mendapat pendidikan formal dalam undang-undang namun berjaya berperanan dalam kes menentang Pacific Gas and Electric Company atas insiden pencemaran sumber air sebuah bandar kecil di California pada tahun 1993 - perjuangannya diabadikan sebuah filem mengenai beliau tahun 2000 dibintangi oleh Julia Roberts. Sejak itu, Brockovich telah menjadi seorang personaliti media, menganjurkan siri TV Challenge America with Erin Brockovich di ABC dan Final Justice di Zonr Reality. Beliau ialah presiden Brockovich Research & Consulting. Beliau juga bekerja sebagai perunding untuk Girardi & Keese,[1][2] firma undang-undang Weitz & Luxenberg di New York yang menumpukan kepada tuntutan kecederaan peribadi disebabkan pendedahan asbestos[3] serta Shine Lawyers di Australia.[4]

Erin_Brockovich

Pekerjaan Ahli advokasi pengguna
Pasangan
  • Shawn Brown (k. 1982; c. 1987)
  • Steven Brockovich (k. 1989; c. 1990)
  • Eric L. Ellis (k. 1998; c. 2012)
Anak 4
Kelahiran Erin Pattee
(1960-06-22) 22 Jun 1960 (umur 59)
Lawrence, Kansas, AS