Kansas
Kansas

Kansas

Kansas /ˈkænzəs/ ( dengar) ialah sebuah negeri di Barat Tengah Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena suku kaum asli Amerika Kansa, yang mendiami kawasan ini.[5] Nama suku ini (asalnya kką:ze) seringkali dikatakan bermakna "orang angin" atau "orang angin selatan," namun ini mungkin bukan makna asal istilah tersebut.[6][7]Pada 29 Januari 1861,[8][9] Kansas memasuki Kesatuan Anerika Syarikat sebagai negeri yang ke-34 dalam gabungan tersebut. Hari ini, Kansas merupakan antara negeri pertanian paling banyak daya keluarannya menghasilkan gandum, betari dan bunga matahari.[10] Kansas ialah negeri ke-15 terluas dan ke-34 paling berpenduduk di antara 50 negeri di Amerika Syarikat. Ibu negerinya ialah Topeka manakala bandar terbesarnya ialah Wichita.