Erwin_Jaenecke

Erwin Jaenecke (22 April 1890 – 3 Julai 1960), adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang memerintah Tentera Darat Ke-17.Jaenecke berkhidmat di Perbatasan Timur sebagai Panglima Divisyen Ke-389 Infantri dan kemudian Kor IV. Beliau tercedera dalam Pertempuran Stalingrad dan sebagai seorang pegawai tertinggi terakhir yang dibawa terbang keluar.[1]Pada April 1943 beliau memerintah Kor LXXXII, dan dari 25 Jun memimpin Tentera Darat Ke-17 di Caucasus dan kemudian di Semenanjung Krimea. Pada 29 April 1944 satu mesyuarat bersama Adolf Hitler di Berchtesgaden, Jaenecke menegaskan agar tentera Jerman di Sevastopol perlu dipindah keluar. Tidak lama selepas itu beliau dipecat dari jawatannya.Kemudian, beliau telah dipertanggungjawabkan atas kehilangan Crimea, ditangkap di Romania dan dibawa ke mahkamah tentera. Heinz Guderian dilantik sebagai penyiasat khas dalam kes ini. Guderian memperlahankan prosiding dan akhirnya Jaenecke telah dibebaskan secara diam-diam pada Jun 1944. Jaenecke telah disingkirkan dari tentera pada 31 Januari 1945. Pada 15 Jun 1945 beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa Soviet dan dijatuhi hukuman mati atas jenayah perang yang dilakukan oleh pasukan tentera bawahannya pada tahun 1942. Hukumannya telah ditukar kepada 25 tahun kerja berat. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1955.