Heinz_Guderian
Heinz_Guderian

Heinz_Guderian

Heinz Wilhelm Guderian (17 Jun 1888–14 Mei 1954) ialah seorang Jeneral tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beliau seorang pelopor peperangan berperisai, dan merupakan seorang pendokong penggunaan kereta kebal dan penjenteraan Wehrmacht (Angkatan Tentera Jerman). Pasukan panzer (armor) Jerman dibangunkan di bawah arahannya sebagai Ketua Pasukan Bergerak. Beliau merupakan komander pasukan panzer yang berjaya dalam beberapa kempen Perang Dunia Kedua, dan menjadi Inspektor Jeneral Pasukan Armor, dinaikkan pangkat ke Generaloberst ("Kolonel Jeneral"), dan merupakan Ketua Staf Am Heer (Tentera Darat Jerman) pada tahun terakhir Perang Dunia Kedua.

Heinz_Guderian

Pangkat Generaloberst
Nama samaran Schneller Heinz ("Heinz yang pantas")
Anugerah Knight Cross berserta Daun Oak
Hubungan Heinz-Günther Guderian (anak)
Tahun perkhidmatan 1907 – 1945
Unit Panzer
Kesetiaan  Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I, Perang Dunia II
Meninggal dunia 14 Mei 1954(1954-05-14) (umur 65)
Schwangau, Bavaria, Jerman Barat
Arahan Divisyen 2 Panzer, Kor XVI, Kor XIX, Kumpulan Panzer Guderian, Kumpulan Panzer Ke-2, Tentera Darat Ke-2 Panzer
Kelahiran (1888-06-17)17 Jun 1888
Kulm, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman
(sekarang Chełmno, Kuyavian-Pomeranian Voivodeship, Poland)

Berkaitan