Es_Con_Field_Hokkaido
Es_Con_Field_Hokkaido

Es_Con_Field_Hokkaido

Es Con Field Hokkaido (エスコンフィールド北海道, Esukon Fīrudo Hokkaidō) merupakan stadium besbol yang terletak di Kitahiroshima, Hokkaido, Japan. Stadium ini dimiliki dan dioperasi oleh Nippon Ham, yang dijadikan sebagai gelanggang tuan rumah bagi pasukan Hokkaido Nippon-Ham Fighters di Nippon Professional Baseball (NPB) sejak pembukaannya pada tahun 2023. Hasil reka bentuk oleh Obayashi Corporation dan HKS Architects,[1] stadium ini mempunyai kapasiti yang mampu memuatkan seramai 35,000 orang. Stadium ini menjadi stadium kedua di Jepun yang mempunyai fasiliti bumbung boleh laras dan permukaan padang tak simetri merupakan padang rumput asli ketiga di NPB. Kawasan di sekeliling stadium telah dibangunkan sebagai Hokkaido Ballpark F Village, iaitu tempat hiburan yang mempunyai fasiliti komersial dan restoran.Perlawanan pertama di stadium ini berlangsung pada 30 Mac 2023 di antara pasukan Nippon-Ham Fighters dan Tohoku Rakuten Golden Eagles. Bekas pengurus Nippon Ham Fighters, Hideki Kuriyama, Masataka Nashida dan Trey Hillman telah melakukan first pitch untuk meraikan pembukaan stadium.[2]

Es_Con_Field_Hokkaido

Alamat Hokkaido Ballpark F Village, Kyoei
Pemilik Fighters Sports & Entertainment
Saiz Padang Kiri Padang – 97 m (318 ka)
Pusat Padang – 121 m (397 ka)
Kanan Padang – 99 m (325 ka)
Koordinat 42°59′23″N 141°32′58″E / 42.98972°N 141.54944°E / 42.98972; 141.54944Koordinat: 42°59′23″N 141°32′58″E / 42.98972°N 141.54944°E / 42.98972; 141.54944
Permukaan Kentucky bluegrass
Pecah tanah 13 April 2020 (2020-04-13)
Lokasi Kitahiroshima, Hokkaido, Jepun
Dibuka 14 Mac 2023 (2023-03-14)
Kapasiti 35,000
Pentadbir Fighters Sports & Entertainment
Arkitek Obayashi Corporation, HKS Architects[1]
Transit awam JR Hokkaido:
Chitose Line di Kita-Hiroshima
Jurubina Obayashi Corporation, Iwata Chizaki Inc.[1]