Escaldes-Engordany
Escaldes-Engordany

Escaldes-Engordany

Escaldes-Engordany (إسكالدس-انݢوردني) merupakan salah satu kariah yang terdapat di negara Andorra. Kariah ini diasaskan pada tahun 1978 dan terdiri daripada beberapa kawasan iaitu Les Escaldes, Engordany, Els Vilars d'Engordany, Engolasters dan El Fener. Pada tahun 2005, kariah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 16,918 orang. Antara tarikan utama di kariah ini ialah Festival Muzik Jazz yang diadakan setiap tahun dan Pusat Thermoludique Caldea 1.[1]