Sejarah Espresso

Pembuatan minuman kopi jenis ini mula dibangunkan di Milan, Itali sejak awal abad ke-20 dengan penemuan mesin kopi yang boleh mengeluarkan wap dan air mendidih melalui serbuk kopi oleh Luigi Bezzera pada 1901.[5] Mesin tersebut merupakan leluhur mesin espresso yang biasa digunakan pada masa ini.[5] Bezzera membuat mesin tersebut untuk menjawab permasalahan yang berlaku pada masa itu, iaitu tempoh masa pembuatan kopi yang mencapai lima minit.[6] Hak paten untuk mesin yang dicipta Bezzera kemudian dibeli oleh Desiderio Pavoni pada 1903.[5] Syarikat milik Pavoni pun mula menghasilkan mesin berdasarkan mesin Bezzera dan menamakannya La Pavona.[5]

Mesin buatan Bezzera dan Pavoni mempunyai kelemahan kerana menggunakan wap dan air panas yang menggelegak sehingga memberikan rasa hangus pada minuman kopi yang sudah siap.[5] Hingga 1938, mesin bertuas omboh diciptakan oleh Cremonesi.[5] Mesin tersebut tidak menggunakan air mendidih melainkan hanya air panas sehingga rasa kopi yang dihasilkan lebih baik.[5]