Espresso
Espresso

Espresso

Espresso adalah minuman yang dihasilkan dengan mengekstrak biji kopi yang sudah dikisar dengan menyemburkan air panas di bawah tekanan tinggi.[1] Espresso berasal daripada bahasa Itali yang bermaksud "cepat" (express) kerana pembuat annya untuk disajikan segera kepada pelanggan.[2] Tterdapat lebih daripada enam ratus komponen bahan kimia dalam espresso termasuk di antaranya gula, kafein, protein, emulsi daripada minyak kopi, koloid, dan zarah kopi dalam ampaian dengan buih gas halus.[3] Pada setiap espresso terdapat suatu komponen yang disebut crema yang merupakan buih keemasan yang terdiri daripada minyak, protein, gula yang terapung di permukaan.[4] Secara teknikal, espresso diperoleh apabila 45 ml air disemburkan melalui 7 hingga 9 gram kopi serbuk pada suhu 90 °C dengan tekanan 9 atmosfera.[3]