EssilorLuxottica

EssilorLuxottica ialah syarikat multinasional bersepadu Perancis-Itali yang berpangkalan di Charenton-le-Pont dekat Paris dan ditubuhkan pada 1 Oktober 2018 oleh penggabungan Essilor Perancis dan Luxottica Itali[1]. Ini ialah salah satu kumpulan terkemuka dalam rekaan, pengeluaran, dan pemasaran lensa mata, peralatan optik, kacamata preskripsi, dan kacamata hitam.Kumpulan tersebut mencapai omset sebanyak 14 bilion euro dan memiliki kapitalisasi pasaran sebanyak 33 bilion euro. Syarikat ini tersenarai dalam pasaran Euronext Paris dan merupakan sebahagian dari indeks CAC 40, yang mencakupi 40 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham Paris, dan Euro Stoxx 50, yang mencakupi 50 syarikat terbesar di kawasan euro[2].