Etanetiol
Etanetiol

Etanetiol

Etanetiol atau etil merkaptan[5] (singkatan EtSH) adalah cecair jernih jenis organosulfur. Formulanya iaitu CH3CH2SH menggabungkan kumpulan etil kepada kumpulan tiol, SH yang serupa dengan etanol tetapi unsur oksigen dalam bahagian tiol digantikan dengan sulfur.Etanetiol mempunyai bau sangat tidak menyenangkan yang dapat dikesan dalam manusia secara kepekatan kecil dengan kadar serendah satu bahagian dalam 2.8 bilion bahagian udara (0.36 bahagian per bilion). Baunya digambarkan banyak orang yang pernah menghidunya menyerupai daun bawang, bawang, durian atau kubis dimasak tetapi dengan kelainan agak menonjol.[6] Komponen ini amat toksik dalam ketepuan yang tinggi, tetapi tidak membahayakan dalam kuantiti kecil terutamanya dicampurkan dengan gas mudah terbakar seperti butana dan propana yang tiada bau sendiri memudahkan pengesanan yang mengelakkan kebakaran, letupan atau asfiksiasi disebabkan gas-gas ini.