Kobis bulat (
bahasa Inggeris: Cabbage) merupakan sejenis
sayur. Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi
belerang atau
sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit
ulser [
perlu rujukan] malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di
usus[
perlu rujukan]Kobis yang kaya dengan
kalsium,
fosforus,
zat besi,
sodium,
potasium dan
vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. [
perlu rujukan] Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. [
perlu rujukan] Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel
darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras
kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.[
perlu rujukan]Kobis bulat banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.