Contoh Eufemisme

Melibatkan hal kebersihan

Perkataan yang merujuk kepada najis sering dielakkan daripada diungkapkan dengan perkataan asasnya secara terus agar lebih sopan:

  • "tahi" dan "berak" kurang digunakan lalu digantikan dengan "air besar".[3] Perkataan "tinja" dan "najis" sendiri boleh digunakan dalam konteks saintifik.
  • "air kencing" lebih digantikan atau dihaluskan maknanya dengan "air kecil"[4] atau "air seni".\
  • Perempuan yang mengalami penurunan darah haid dalam tempoh sebulan boleh dikatakan "datang bulan"[5] ataupun "cuti" (sekiranya perbualan melibatkan kegiatan agama yang dilonggarkan keadaan sedemikian.

Melibatkan keadaan diri

  • Perempuan yang hamil boleh juga dikatakan "berbadan dua" atau "mengandung".