Sejarah Everglow

Pra-debut

Sihyeon menyertai rancangan realiti Produce 101 sebagai pelatih individu pada tahun 2015. Dia telah tersingkir pada episod 8 selepas berada di tempat ke-40.[3] Dia menandatangani dengan Yuehua Entertainment selepas pertandingan itu.

Onda, atau dikenali sebagai Jo Se-rim, adalah bekas peserta Idol School pada tahun 2017. Dia juga tersingkir pada episod 4 selepas berada di tempat ke-40.[4]

Sihyeon, bersama-sama dengan Yiren, adalah pelatih semasa Produce 48, francais ketiga siri ini. Yiren memuncak naik pada tempat ke-8 pada episod 5, tetapi gagal berada di peringkat akhir.[5]

Pada 17 Februari 2019, agensi telah mendedahkan bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan gadis baru bernama EVERGLOW. Instagram rasmi dan fan cafe telah dibuka pada 18 Februari.[6] Yuehua mendedahkan ahli EVERGLOW selepas mengeluarkan "Crank In Film" pada Saluran YouTube Stone Music Entertainment. Foto konsep kumpulan itu dikeluarkan pada 8 Mac.[7]

2019–sekarang: Debut dengan Arrival of EVERGLOW dan Hush

Everglow pada bulan April 2019

Pada 18 Mac, 2019, Everglow mengeluarkan album single pertama mereka, Arrival of EVERGLOW, dengan single utama "Bon Bon Chocolat". Lagu itu ditulis oleh penyanyi dan penulis lagu Amerika Melanie Fontana, yang sebelum ini pernah menulis lagu untuk kumpulan yang lain termasuk kumpulan muzik lelaki BTS dan penyanyi Tiffany Young.[8] Mereka melakukan debut stage mereka pada 21 March 2019, pada rancangan muzik M Countdown.[9] Everglow menikmati kejayaan dengan album debut keluaran mereka; Arrival of EVERGLOW yang telah berjaya menduduki carta ke 6 di Carta Album Gaon, dan telah terjual lebih daripada 17,000 salinan pada Julai 2019, manakala "Bon Bon Chocolat" berjaya menduduki pada carta 5 di World Digital Songs Sales Chart.[10]

Pada 5 Ogos 2019, Everglow akan melakukan comeback pada 19 Ogos dengan album single kedua mereka yang bertajuk Hush dan single utama "Adios".[11]

Pada 24 September, 2019, Everglow telah memenangi anugerah program muzik pertama mereka di The Show.[12]

Rujukan

WikiPedia: Everglow http://star.hankookilbo.com/News/Read/201903041166... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/onli... http://www.topstarnews.net/news/articleView.html?i... https://www.billboard.com/articles/business/chart-... https://www.billboard.com/articles/columns/k-town/... https://www.billboard.com/charts/billboard-korea-k... https://www.billboard.com/charts/billboard-korea-k... https://www.billboard.com/charts/world-digital-son...