Produce_48

Produce 48 (Hangul: 프로듀스 48) ialah sebuah rancangan televisyen yang disiarkan menerusi saluran Mnet. Ia merupakan sebuah projek berskala-besar di mana orang awam "menerbitkan" sebuah kumpulan wanita dengan mengundi ahli daripada sekumpulan 96 peserta dari negara Korea Selatan dan Jepun. Mereka juga turut mengundi untuk konsep kumpulan, nama dan lagu debut. Rancangan televisyen ini merupakan sebuah kerjasama diantara siri Mnet, Produce 101 dan kumpulan idola J-pop, AKB48. 12 peserta yang menang seperti yang diundi oleh penonton Korea Selatan akan mempromosi sebagai sebuah kumpulan selama dua tahun setengah.[1] 12 ahli yang akan membuat debut serta nama rasmi kumpulan, IZ*ONE semasa episod terakhir pada 31 Ogos 2018.Diterbitkan oleh AKATV (syarikat yang juga menerbitkan musim kedua Produce 101) untuk Mnet, rancangan ini mula disiarkan pada 15 Jun 2018 dan tamat pada 31 Ogos 2018 sebanyak 12 episod. Ia diarahkan oleh Ahn Joon-young yang juga mengarah dua musim pertama Produce 101.[2]

Produce_48

Bahasa Korea
Jepun
Mengikuti Produce 101 (musim 2)
Negara asal Korea Selatan
Syarikat pengedaran CJ E&M
Penerbit eksekutif
  • Kim Han-soo
  • Kim Young-bum
Pengarah Ahn Joon-young
Lagu pembukaan "Nekkoya (Pick Me)" oleh Produce 48
Diikuti oleh Produce X 101
Syarikat penerbitan
Pengacara Lee Seung-gi
Tempoh siaran 140–160 minit
240 minit (akhir)
Siaran asal 15 Jun 2018 (2018-06-15) – 31 Ogos 2018 (2018-08-31)
Pencipta Kim Young-bum untuk Mnet
Bilangan episod 12
Genre Realiti
Saluran asal Mnet