Everline
Everline

Everline

EverLine atau juga dikenali sebagai Kereta Api Ringan Yongin ialah laluan kereta api ringan (atau transit rakyat) sepanjang 18.1 kilometer (11.2 mi) di bandaraya Yongin, wilayah Gyeonggi, menghubungkan taman tema terkemuka di Korea Selatan, Everland ke laluan Bundang melalui stesen Giheung. Sistem kereta api ini menggunakan kenderaan satu gerabak Bombardier Advanced Rapid Transit[3][4] yang dikawal dengan teknologi kawalan kereta api automatik Bombardier CITYFLO 650.Laluan ini mula dibina pada November 2005 dan ujian kereta api yang dikendalikan oleh syarikat pengendalian bermula pada November 2009. Mengikut rancangan asal, perkhidmatan ini dibuka pada 16 April 2011. Disebabkan oleh masalah berkaitan aduan bunyi bising dan keselamatan pada kemudahan kereta api di beberapa bahagian laluan serta konflik di antara syarikat pembinaan dan pengendali akhir pihak Bandaraya Yongin, tarikh pembukaan terpaksa ditunda sehinggalah ia dibuka secara rasmi pada 26 April 2013 melalui mahkamah timbang tara.[2][5]Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran EverLine ditunjukkan dengan warna hijau (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "Y" (Simbol aliran EverLine).

Everline

Status Beroperasi
Pemilik Bandaraya Yongin
Penumpang harian 25,872 (2016)[1]
Pengelektrikan 750 V DC rel ketiga
Stesen 15
Pengisyaratan CBTC (CITYFLO 650)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in)
Terminal Giheung
Jeondae–Everland
Dibuka 26 April 2013[2]
Lokasi Yongin, Wilayah Gyeonggi
Laman sesawang www.ever-line.co.kr
Panjang aliran 18.143 km (11.274 mi)
Depot Samga
Pengendali Perbadanan Alihan Laju Yongin
Nama lain Kereta Api Ringan Yongin
Jenis Kereta api ringan (transit rakyat)
Nama asal 용인 경전철
龍仁 輕電鐵
Yongin gyeongjeoncheol
Kelajuan operasi 80 km/h (50 mph)

Berkaitan