Ezad_Lazim

Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim[1] atau lebih dikenali sebagai Ezad Lazim (lahir 30 November 1979) adalah seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia. Beliau memulakan karier dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exists[2] menerusi album Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.Pada tahun 2011, beliau telah menghasilkan album solo yang pertama yang berjudul Mengharap Bintang. Lagu hit dari album itu ialah Kerana Kamu, Mengharap Bintang dan Percintaan Ini. Album ini telah melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air selepas meninggalkan Exists pada tahun 2007.

Ezad_Lazim

Pekerjaan Pelakon, Pelawak, Penyanyi
Ibu bapa Mohd Lazim Ismail (bapa)
Rosadah Jahaya (ibu)
Pasangan Nor Azeana Haji Ramli (k. 2013)
Anak Puteri Rania Kiesha
Putera Muhammad Darwish
Tahun aktif 1995-kini
Nama lain Ezad Exists
Instrumen Vokal, Gitar
Syarikat rakaman Ada Exists Sdn Bhd
Universal Music Malaysia
MVM Production (2011-18)
Broadway NuMusic (2019-kini)
Warganegara  Malaysia
Kegiatan berkaitan Exists
Laman web http://instagram.com/ezadlazim
http://facebook.com/ezadlazim
Saudara Rozita Mohd Lazim (kakak)
Along Zaimi (anak saudara)
Kelahiran Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim
(1979-11-30) 30 November 1979 (umur 40)
Alor Setar, Kedah
Genre Rock, Balada, Pop Rock