Kemalangan F-35_Lightning_II

Pada 23 Jun 2014, enjin sebuah F-35A terbakar sejurus sebelum memulakan latihan penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Eglin. Juruterbangnya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. Bahagian enjin daripada pesawat yang terbakar telah dijumpai di atas landasan, menunjukan kegagalan enjin.[37] Kemalangan ini menyebabkan semua latihan dihentikan pada 25 Jun, dan kesemua penerbangan dihentikan pada 3 Julai.[38][39][40] Armada pesawat dibenarkan terbang kembali pada 15 Julai dengan beberapa kekangan dalam julat penerbangan.[41] Penemuan awal mencadangkan gosokan berlebihan pada bilah kipas enjin yang menyebabkan peningkatan tekanan dan hakisan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan besar pada kipas.[42]


Rujukan

WikiPedia: F-35_Lightning_II http://www.abc.net.au/news/2014-04-23/australia-to... http://www.armedforces-int.com/projects/combat-air... http://intercepts.defensenews.com/2014/09/the-curr... http://www.defensenews.com/article/20140507/DEFREG... http://www.defensenews.com/article/20140713/SHOWSC... http://www.flightglobal.com/airspace/media/reports... http://www.flightglobal.com/articles/2007/12/18/22... http://www.flightglobal.com/news/articles/australi... http://www.flightglobal.com/news/articles/us-marin... http://abcnews.go.com/Politics/wireStory?id=273103...