Pengguna F-4_Phantom

Pesawat F-4 Phantom berkhidmat dengan banyak pasukan tentera udara seperti:

Amerika Syarikat

Tentera udara dari negara-negara lain

United Kingdom

F-4 Phantom (Diraja British)

Tentera Laut Diraja British menerima 29 buah Phantom FG.1 daripada jumlah pesanan 143 buah. Pesawat ini dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat HMS Ark Royal dan dipindahkan kepada Tentera Udara Diraja British apabila HMS Ark Royal dilucutkan tauliah dan disarakan.

Tentera Udara Diraja British sendiri mempunyai 116 buah pesawat Phantom FGR.2 yang menjalankan misi memintas, pejuang-pengebom dan peninjauan. Ini ditambah dengan pembelian 16 buah pesawat F-4J(UK) untuk menjalankan tugasan memintas.

Australia

Tentera Udara Diraja Australia membuat sewaan 24 buah pesawat F-4Es sementara menunggu penghantaran pesawat F-111C. Pesawat diletakkan di RAAF Amberley, melibatkan2 OCU selaku skuadron peralihan operasi dan No.1 Skuadron dan No. 6 Skuadron sebagai skuadron tempur.

Mesir

Mesir membatalkan cadangan membeli 50 buah pesawat F-5E Tiger II dan sebaliknya menerima 35 buah pesawat F-4E yang ditugaskan dengan 222 TFB (Wing) bertempat di Pangkalan Udara Kaherah Barat. Kumpulan ini terdiri daripada 2 skuadron iaitu Skuadron No. 76 dan skuadron No. 88.

Jerman

"Luftwaffe" menerima 273 buah pesawat F-4F Phantom dan masih menggunakan pesawat ini yang telah menjalani pemodenan. 40 buah pesawat pejuang-pengebom dan 107 buah pesawat pemintas dinaik taraf kepada standard F-4F ICE (Improved Combat Efficiency) dan akan digunakan sehingga tahun 2015. 88 buah pesawat peninjau RF4-E dihantar bertugas dengan 2 buah skuadron peninjau. Skuadron Luftwaffe mengendali phantom adalah :AG 51 "Immelman", Bremgarten RF-4EAG 52, Leck RF-4EJBG 35, Pferdsfeld F-4FJBG 36, Rheine-Hopsten F-4FJG 71 "Richthoven", Wittmundhafen F-4FJG 72 "Westfalen", Rheine-Hopsten F-4FJG 73, Laage F-4FWDT 61, Manching-Ingolstadt RF-4E, F-4FJG 74 "Molders", Neuburg F-4F1 GAFTS/49FW, Holloman AFB, NM (USA) F-4E, F-4F

Greece

Greece menerima 36 buah pesawat F-4E untuk melengkapkan satu skuadron pejuang/peralihan dan satu skuadron pejuang-pengebom. Kumpulan kedua 18 buah F-4E dan 8 buah RF-4E melengkapkan satu skuadron pejuang AWX dan 1 skuadron peninjau. Kumpulan ketiga melibatkan penghantaran 28 buah pesawat F-4E dari Pengawal Udara Kebangsaan.40 buah pesawat akan dinaik taraf kepada standard hampir menyamai ICE Jerman membolehkan perkhidmatan dilanjutkan sehingga tahun 2010. Pesawat peninjau ditambah dengan penghantaran 29 pesawat RF-4E dari Luftwaffe.110 PM (Combat Wing), Larissa337 MPK "Fantasma" F-4E348 MTA "Matia" RF-4E117 PM, Andravida338 MPK "Aris" F-4E339 MPK "Ajax" F-4E

Iran

Iran menerima 32 buah pesawat F-4D sebelum penggulingan Shah Reza Pahlavi, diikuti dengan 117 buah pesawat F-4E and 16 buah pesawat RF-4E, dan beroperasi dalam 13 skuadron. Menjelang tahun 1980, tidak satupun pesawat F4-E boleh digunakan, sementara hanya 1.5 skuadron menggunakan F-4D/E masih beroperasi.

Israel

F-4 Phantom Dalam Perkhidmatan Heyl Ha'Avir

La Tsvah Haganah le Israel/Heyl Ha'Avir

Heyl Ha'Avir menerima hampir 240 buah pesawat F-4E. Israel merupakan pengguna Phantom kedua terbanyak selepas Amerika Syarikat. 100 buah pesawat F-4E Phantom menjalani naik taraf kepada standard Kurnass-2000.

Jepun

F-4 Phantom milik Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun

Jepun menerima 154 buah pesawat 154 F-4EJ Phantom yang dibina oleh Mitsubishi dikhususkan untuk pertahanan udara dan dikumpulkan dalam 6 skuadron. 96 buah pesawat F-4EJ telah dinaik taraf kepada standard F-4EJ "Kai". 14 buah pesawat RF-4EJ dan 17 buah F-4EJ diubahsuai menjadi RF-4EJ-Kai.

Sepanyol

40 buah pesawat F-4C dipindahkan dari Tentera Udara Amerika Syarikat untuk menubuhkan dua skuadron pejuang. Ini ditambah dengan 18 buah pesawat RF-4C dalam peranan peninjau.

Korea Selatan

Korea Selatan menerima 18 buah pesawat F-4D dari Tentera Udara Amerika Syarikat membolehkan penubuhan 1 skuadron pesawat pejuang. Ini diikuti dengan penghantaran 26 buah pesawat F-4D membolehkan penubuhan lagi satu skuadron. Skuadron ketiga ditubuhkan dengan penerimaan 24 buah F-4D tambahan. 12 buah pesawat RF-4C membolehkan penubuhan skuadron peninjau. 37 buah pesawat F-4E binaan baru melengkapkan penubuhan 2 skuadron lagi.

Turki

Hava Kuvvetleri (THK) menerima 40 buah F-4E buatan baru untuk melengkapkan 2 skuadron. Kumpulan kedua 32 buah pesawat F-4E dan 8 buah RF-4E digunakan untuk menubuhkan 2 skuadron tempur dan 1 skuadron peninjau.Selepas itu Hava Kuvvetleri menerima penghantaran 110 buah pesawat F-4. Pesawat peninjau ditambah dengan penghantaran 32 buah pesawat RF-4E dari Luftwaffe membolehkan penubuhan skuadron kedua peninjau. Hava Kuvvetleri menaik taraf 54 pesawat F-4E menggunakan kepakaran IAI dan akan diikuti dengan kerja menaik taraf pesawat RF-4E.