F4D_Skyray
F4D_Skyray

F4D_Skyray

Douglas F4D Skyray (kemudian didesignasi semula sebagai F-6 Skyray) merupakan sebuah pesawat pejuang dan pemintas yang dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Ia telah dibina oleh Douglas Aircraft Company. Meskipun jangka hayat perkhidmatannya agak pendek dan tidak pernah beraksi di dalam pertempuran, ia diakui sebagai pesawat pertama di atas kapal pengangkut yang memegang rekod dunia bagi kelajuan mutlak[1]. Skylancer juga merupakan pesawat pejuang milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat yang mampu melepasi Mach 1 dalam penerbangan separas. Pesawat ini adalah pesawat terakhir yang dikeluarkan oleh Douglas Aircraft Company.