Seteru FC_Barcelona

El Clásico

Barcelona mempunyai persaingan yang hebat dengan Real Madrid dan merupakan antara persaingan antara seteru terhebat dalam dunia bola sepak. Barcelona dan Real Madrid merupakan pasukan bola sepak paling berjaya di Sepanyol; bukan sahaja di peringkat domestik malahan juga peringkat antarabangsa. Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini merupakan acara sukan paling ditontoni di dunia.

Sejarah bermula dengan kaitan persaingan antara bandar yang terbesar di Sepanyol; iaitu Madrid dan Barcelona dan paling nyata; perbezaan ideologi politik. Real Madrid yang berpengkalan di Madrid; membawa ideologi Nasionalisme Sepanyol manakala Barcelona mewakili Nasionalisme Catalan.

Barcelona dan Real Madrid juga tidak pernah tersingkir dari saingan elit La Liga bersama satu lagi kelab, Athletic Bilbao.

Derbi barceloní

Seteru setempat bagi Barcelona ialah Espanyol di mana kedua-duanya berpengkalan di bandar yang sama.

Tidak seperti Barcelona yang diasaskan oleh Catalan, Espanyol pula diasaskan oleh Espanola. Malah nama penuh Espanyol; Reial Club Deportiu Espanyol sendiri membawa maksud 'Kelab Sukan Diraja Sepanyol'. Hal ini sangat menjengkelkan rakyat Catalonia yang menganggap Espanyol sebagai proksi dan tali-barut Madrid di Catalonia serta berfahaman Anti-Catalanism.