Sejarah FC_Schalke_04

Zaman awal Schalke

Setahun selepas perkembangan pesat di kawasan Schalke dengan industri perlombongan,sekumpulan pelajar sekolah menengah berusia 14 dan 15 tahun bertemu sekadar untuk bermain bolasepak di satu kawasan lapang berdekatan Gewerkenstrasse di Schalker Markt.Josef Ferse, Wilhelm „Willy“ Gies (aperantis untuk pengeluar alatan dapur Küppersbusch), Johann Kessel, Viktor Kroguhl, Heinrich Kullmann, Adolf Oetzelmann, Josef Seimetz und Willy van den Berg menubuhkan sebuah kelab pada 4 Mei 1904[1], dengan nama Westfalia Schalke .

Bilangan ahli kelab Schalke,seperti juga kelab lain yang bermain di kompleks sukan perbandaran, meningkat dua kali ganda pada akhir tahun pertama penubuhannnya.Pada tahun 1907,bilangan ahli meningkat kepada 40 orang ahli yang dikenakan yuran bulanan sebanyak 5 peni bagi pelajar sekolah dan 10 peni bagi yang telah meninggalkan alam persekolahan.Warna jersi elab pada masa ini berbeza kerana kelab menggunakan warna merah dan kuning sebagai warna jersi pasukan berbanding biru dan putih sekarang.

Pada tahun 1909 Schalke secara rasminya diiktiraf sebagai persatuan dengan berdaftar dengan Pendaftar Persatuan Gelsenkirchen.Pengerusinya ialah Heinrich Hilgert,seorang ketua bahagian timbang di lombong arang batu.

Semasa

Satu kontrak penajaan daripada syarikat tenaga gergasi Russia,Gazprom ditandatangani pada 10 Oktober 2006 di Dresden . Bermula 1 Januari 2007 logo Gazprom akan kelihatan di jersi pemain untuk 5½ tahun seterusnya. Penaja akan menyumbang sekurang-kurangnya 60 hingga 66 juta Euro,dengan pilihan sehingga 100 juta Euro jika berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Selain itu,kerjasama lebih erat akan dijalinkan antara Schalke dan kelab Liga Russia, Zenit St. Petersburg.