Stadium FK_Austria_Wien

FK Austria Wien bermain di tempat halamannya iaitu di Stadium Franz Horr dengan mempunyai kapasiti 13,000[1] sejak 2008. Stadium ini asalnya dibina pada 1925 untuk pasukan Slovan Vienna, kelab imigran orang Czech dan telah dimusnahkan oleh tentera Bersekutu pada Perang Dunia Kedua. Austria Wien berpindah ke tapak tersebut pada 1973 dan bermain perlawanan pertama mereka pada 26 Ogos. Stadium ini kemudian diberi nama iaitu Franz Horr, yang merupakan pengerusi kelab ini sempena memperingati kematian beliau. Stadium ini dibaik pulih dan menambah tempat duduk pada 1982, 1986, 1998 dan paling terkini pada tahun 2008.[2]