Rekabentuk FN_Minimi

Mula diperkenalkan pada 1974 dan rekabentuknya banyak mempunyai persamaan dengan sistem MGKA yang terbukti keberkesanannya, iaitu mesingan FN MAG berkaliber 7.62 x 51mm. Sistem kitaranmekanikalnya menggunakan piston yang ditolak ke belakang oleh tekanan gas melalui sistem pengatur gas yang mempunyai dua kedudukan. Sistem kuncian bolt adalah secara putaran. Apabila penembakan berlaku tendangan gas ke belakang akan memasuki tiub dan menolak piston ke belakang yang juga akan cuba menolak perumah bolt bersamanya. Walaupun demikian dalam keadaan ini bolt akan tetap terkunci pada pangkal laras, sehinggalah kuncian putaran antara bolt dan perumah terbuka. Senjata ini yang mempunyai pengubah manual ke atas pengatur gas ini memiliki dua posisi, iaitu posisi normal dan posisi yang kurang baik. Posisi kurang baik ini mempertingkatkan kadar kitaran dan mampu digunakan di dalam keadaan persekitaran extreme atau di mana halangan berat yang terdedah di dalam tiub gas senjata. Penolak spring berada di dalam bolt, semasa suis penanggal yang senget ini mengawal di dalam perumah receiver. MINIMI adalah senjata penyerang dan peranan bolt senjata itu bertindak sebagai mekanisma serangan.

Senjata menggunakan dwi pengisian yang terdiri daripada rangakaian amunisi M27, sama ada penggunaan bekas khas rangkaian amunisi atau tanpa bekas khas (dengan berkapasiti 200-butir, diperbuat daripada polimer sintetik), dipasangkan pada bahagian receiver atau bahagian kelopak STANAG, boleh digunakan dengan kelopak raifal 5.56 mm NATO seperti kelopak M16 dan FNC. Rangkaian amunisi boleh dimasukkan di dalam dulang suapan, iaitu kelopak khas yang dipasangkan di bahagian bawah perumah kelopak. Tambahan pula, kelopak yang dimasukkan di dalam perumah kelopak akan mengelakkan rangkaian peluru dimasukkan serentak. Mekanisme pada jenis dulang suapan adalah sistem yang ada pada mesingan berat FN MAG.

Laras yang digunakan pada senjata ini mempunyai kapasiti kepanasan yang kuat, bersifat chrome-lined rifled bore dan direka dalam dua versi: dengan kadar putaran berukuran 178 mm (digunakan secara stabil dengan katrij Belgian 5.56 x 45 mm SS109) dan putaran 305 mm (untuk kegunaan amunisi American M193). Laras senjata ini boleh ditukar dengan pantas; dilengkapi dengan slot pengadang cahaya dan mencantumkan tangkai pemegang, digunakan didalam kenderaan dan mampu menukar keluar laras yang panas.

Versi standard mesingan ringan mempunyai laras sepanjang 465 mm dan udi kerangka aluminium dengan tali sling yang boleh disangkutkan dengan bahu, versi Para – menggunakan laras 349 mm dan udi teleskop logam, manakala model Vehicle mampunyai laras 465 mm dan tidak mempunyai udi atau pejera logam.

Berkaitan