Pengguna FN_Minimi

NATO

  •  Belgium - Infantri darat dan udara Belgium menggunakan MINIMI Standard(M1). Unit payung terjun menggunakan model Para (M3).
  •  Kanada - C9 buatan infantri Kanada adalah Minimi standard dilengkapi dengan udi tiub logam. C9A1 dilengkapi dengan landasan Picatinny dan pejera optik 3.4x Elcan C79. C9A2 direka dengan laras pendek, warna hijau, kotak peluru kanvas (menggantikan kotak peluru biasa), udi yang sama versi dengan raifal C8, tangkai pemegang pistol dan pejera laser. Dua mesingan C9 digunakan oleh unit seksyen infantry.
  •  Perancis - Digunakan oleh infantri Perancis. Menggantikan AAT-F1 GPMG.
  •  Greece - Digunakan oleh infantri Hellenic Army dan pasukan elit.
  •  Itali - MINIMI yang dicipta secara berlesen oleh Beretta, yang menjadi rakan kongsi dengan FN, menggantikan versi MG42/59 (versi pada Perang Dunia Kedua).
  •  Belanda - Tentera Belanda menggunakan versi Para dalam MINIMI untuk menggantikan FN MAG dalam pasukan infantrinya. MAG masih digunakan sebagai Mesingan Kegunaan Am, sebagai senjata bantuan dan sebagai senjata kenderaan tempur.
  •  Norway - Digunakan oleh renjer Norway dan renjer infantri.
  • Slovenia
  •  United Kingdom - Dikenali sebagai L108A1 SAW dan L110A1 Para.
  •  Amerika Syarikat - Digunakan pada 1 Februari 1982 sebagai M249 Squad Automatic Weapon.

Bukan-NATO

Pasukan elit 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia menggunakan mesingan Minimi versi standard.
  •  Argentina - Tentera marin Argentina menggunakan M249 SAW dalam semua unit infantri tempur (seperti infantri, artileri, peninjau).
  •  Australia - Rekabentuk F89.
  •  Brazil - Tentera marin Brazil menggunakan MINIMI sebagai senjata sokongan platun dalam tahun 1990an.
  • Chile - Tentera Chile dan Infantria de Marinas menggunakan MINIMI pada tahun 1990an.
  •  Timor-Leste - Digunakan oleh angkatan tentera Timor Leste.
  •  Indonesia - Tentera Nasional Indonesia dan Kor Marinir TNI-AL menggunakan versi standard MINIMI.
  •  Ireland - Renjer Ireland menggunakan versi MINIMI Para.
  •  Israel - Digunakan oleh Israeli Defence Force (IDF). Digantikan pada tahun 1995 dengan mesingan ringan Negev.
  •  Jepun - Menggantikan versi Type 62 oleh Japanese Ground Self-Defense Forces. Direka secara berlesen oleh Sumitomo Heavy Industries.
  •  Malaysia - Tentera Darat Malaysia menggantikan mesingan HK11A1 dengan MINIMI. Selain itu, ia turut digunakan oleh pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
  •  Mexico - Tentera darat dan laut Mexico menggunakan M249 dan MINIMI.
  • Morocco
  • Nepal - Infantri Nepal menggunakan 5,500 laras mesingan MINIMI.
  •  New Zealand - New Zealand Defence Force menggunakan MINIMI buatan Kanada yang dikenali sebagai C9.
  •  Filipina - Digunakan oleh pasukan keselamatan Filipina (AFP).
  • Sri Lanka - Negara pertama yang memiliki MINIMI senjata bantuan tentera.
  •  Sweden - Dikenali sebagai Ksp 90. Model Para digelar Ksp 90B.
  • Taiwan - Tentera Republik China menggunakan MINIMI direka secara berlesen oleh Combined Service Forces (CSF) dikenali sebagai Type 75.
  • Thailand
  • Venezuela


Berkaitan