Pembangunan Fabula_Nova_Crystallis_Final_Fantasy

Judul-judul yang sedang dihasilkan dalam projek Fabula Nova Crystallis adalah seperti berikut:

Perkembangan setiap judul dalam projek ini diuruskan di dalam Square Enux menerusi beberapa kumpulan. Ini adalah bertujuan untuk mendekati suatu idea di mana setiap judul adalah "berdikari" di antara satu sama lain sambil mengekalkan suatu latar yang sama. Meskipun begitu, rekaan watak-watak bagi ketiga-tiga judul rasminya ini diuruskan oleh Tetsuya Nomura, yang juga merupakan pengarah Final Fantasy Versus XIII. Setiap judul dalam kompilasi ini akan memiliki gaya permainannya yang tersendiri: Final Fantasy XIII menggunakan sistem RPG bergilir, Final Fantasy Versus XIII akan lebih menerapkan sistem aksi seperti Kingdom Hearts, dan Final Fantasy Agito XIII ialah sebuah judul telefon bimbit online.

Sebuah judul keempat, iaitu Final Fantasy Haeresis XIII mungkin sekali di dalam proses penciptaan, yang telah diberi tanda niaga pada 1 Mei, 2006. (Haeresis merupakan bahasa Yunani yang bermaksud "kaedah berfikiran berbeza" dan diambil daripada perkataan "heresy.") Sebuah logo untuk Haeresis, dicipta oleh Yoshitaka Amano yang bertanggungjawab terhadap ilustrasi serta pencipta logo utama untuk Fabula Nova Crystallis, kini telah diterbitkan, meskipun tiada sebarang lakaran atau lukisan rasmi yang telah dikeluarkan setakat ini.

Presiden Square Enix iaitu Yōichi Wada membandingkan kompilasi Fabula Nova Crystallis kepada siri Star Wars dan telah menyatakan bahawa keluaran mungkin mencapai sedekad lamanya.[3] Toriyama menyatakan di dalam sebuah majalah permainan video iaitu PlayStation Magazine Australia bahawa siri Fabula Nova Crystallis ini adalah dirancang untuk dikeluarkan untuk beberapa platform, dan tidak terhad kepada PlayStation 3 dan Telefon Bimbit sahaja.[4]

Di E3 2006, Square Enix menggelar Kompilasi Final Fantasy VII, yang setakat ini terdiri daripada 6 buah judul permainan video, 1 buah filem, 1 OVA dan dua buah novel, sebagai "projek 50 billion yen" (bersamaan dengan lebih kurang RM1.5 billion atau 460 juta Dollar Amerika) dan menambah bahawa ia akan berterusan sehingga tibanya sambutan hari ulang tahun Final Fantasy VII yang ke-20 (2017). Manakala bagi projek Fabula Nova Crystallis pula, Square Enix mengatakan bahawa ia akan menjadi "projek 100 billion yen" (lebih kurang RM2.7 billion atau 840 juta Dollar Amerika), yang memberi tanggapan bahawa Fabula Nova Crystallis akan berkembang dalam tempoh bertahun-tahun dan kemungkinan besar mengandungi banyak judul, antaranya termasuklah filem, buku, anime, manga, koleksi permainan, dan sebagai.

Rujukan

WikiPedia: Fabula_Nova_Crystallis_Final_Fantasy http://www.dignews.com/feature.php?story_id=18282 http://findarticles.com/p/articles/mi_zdoup/is_200... http://ps3.ign.com/articles/705/705978p1.html http://ps3.ign.com/articles/708/708994p1.html http://www.ign.com/ http://na.square-enix.com/e306/titles/fabula http://na.square-enix.com/e306/titles/fabula/ http://www.square-haven.com/news/?id=1275 http://tarr.uspto.gov/servlet/tarr?regser=serial&e... http://bluelaguna.net/news/8150/square-enix-press-...