Kegunaan Fagus

Kayu diperoleh daripada pokok-pokok genus ini membakar dengan baik lalu boleh digunakan sebagai bahan api yang bagus; ia turut memberikan aroma dan perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan salai seperti sosej[2] dan ham[3] serta pelbagai jenis keju.

Kayu daripada spesies Fagus sylvatica merupakan pilihan lazim dalam pembuatan perabot, lapik lantai dan kayu lapis. Sisa selulosa daripada pulpa kayu ini pula kertas boleh digunakan semula untuk menghasilkan sejenis kain rayon.[4][5][6]

Masyarakat Indo-Eropah zaman dahulu menggunakan kulit kayu ini untuk tujuan penulisan sebelum adanya kertas, terutama dalam konteks upacara keagamaan[7] - penggunaan ini turut dicerminkan dalam asal-usul perkataan "buku" yang datang daripada akar bahasa Jermanik *bōk- merujuk kepada pokok ini, ia turut diturunkan bahasa-bahasa Eropah termasuk kepada bahasa Inggeris (yakni, book daripada bōc).[8][9][10]

Rujukan

WikiPedia: Fagus http://www.cookthink.com/reference/823/What_is_and... http://www.etymonline.com/index.php?term=book http://www.fabricstockexchange.com/blog/resources/... http://www.holistic-interior-designs.com/modal-fab... http://lexicon.ff.cuni.cz/html/oe_clarkhall/b0047.... http://lexicon.ff.cuni.cz/html/oi_cleasbyvigfusson... http://www.germanfoods.org/consumer/facts/guidetoh... http://apps.kew.org/wcsp/ http://www.uniformreuse.co.uk/fabric_modal.html?Ke... http://www.test-tube.org.uk/trees/video_beech.htm