Produksi Fairy_Tail

Selepas pembikinan manganya terdahulu, Rave Master, Hiro Mashima menemui jalan ceritanya agak sentimental dan menyedihkan, lalu jalan cerita Fairy Tail diwujudkan untuk memberi "kegembiraan [kepada semua orang]". Aspek komuniti adalah inspirasi untuk siri ini hanya duduk di bar dan berpesta dengan kawan-kawannya.[13] Dia membayangkan apa yang akan terjadi jika dia dan kawan-kawannya adalah penyihir kerana dia selalu menyukai penyihir.[14] Dan juga mengenai orang muda mencari panggilan mereka, seperti pekerjaan.[13] Dia menyatakan bahawa walaupun dia cuba untuk mempertimbangkan kedua-dua kepentingannya sendiri dan para peminat tentang apa yang akan berlaku dalam Fairy Tail, para peminat menjadi keutamaan.[13] Selepas menyiapkan jalan cerita peribadi Natsu, Mashima memikirkan nama yang agak barat sangat tidak sesuai bagi pembaca Jepun. Apabila melukis jalan cerita utama Fairy Tail, Mashima mengambil masa selama lima hari untuk setiap satu episod:

HariAktiviti
IsninLakaran susunan panel manga telah disiapkan
SelasaLakaran kasar dibuat
Rabu
Khamis
Jumaat
Menyiapkan pendakwatan penuh

Mashima biasanya akan terus menyambung melukis episod seterusnya selepas siap satu episod. Mashima mempunyai enam pembantu pada 2008 yang bekerja di sebuah kawasan 8,000 kaki persegi (740 m2) dengan tujuh meja, serta sofa dan TV untuk permainan video.[14] Pada tahun 2011, dia menyatakan bahawa dia bekerja enam hari seminggu, selama 17 jam sehari.[15]

Bagi latar belakang setiap watak dalam siri ini, Mashima hanya merujuk kepada orang disekelilingnya sahaja. Bagi menonjolkan perhubungan antara anak dan bapa untuk watak Natsu dan Igneel, dia merujuk hubungannya sendiri dengan bapanya yang sudah meninggal dunia ketika dia kecil.[16] Dia juga merujuk kawannya yang mabuk kenderaan ketika dia naik teksi bersama dalam perwatakan Natsu.[14] Apabila menamakan watak tersebut, penulis berpendapat nama-nama fantasi barat tidak akan dikenali oleh penonton Jepun, jadi dia pergi dengan nama Jepun untuk musim panas; Natsu.[14] Idea kelakar diilhamkan oleh pembantu manganya ketika berjenaka.[16] Pendek cerita, semua idea dalam manganya berdasarkan pengalaman kehidupannya.[16]

Rujukan

WikiPedia: Fairy_Tail http://manga.about.com/od/mangaartistinterviews/a/... http://manga.about.com/od/recommendedreading/tp/20... http://www.animax-asia.com/programs/fairy-tail-all... http://www.animax-asia.com/programs/fairytail http://www.animax-asia.com/shows/fairytail2 http://www.animaxindia.com/shows/fairytail http://www.animenewsnetwork.com/convention/2011/ne... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/interview/2008-08-...