Media Fairy_Tail

Manga

Ditulis dan dilukis oleh Hiro Mashima, Fairy Tail telah disirikan dalam Majalah Shōnen sejak 15 Disember 2008 sehingga 26 Julai 2017.[17][18]. Sejak Mac 2013, Fairy Tail telah mempunyai 545 bab dan 63 penjilidan tankōbon oleh Kodansha diantara 15 Oktober 2006 dan 26 Disember 2017.[19][20] Majalah Shonen Mingguan telah mengeluarkan edisi khas memaparkan crossover dengan manga Flunk Punk Rumble pada tahun 2008. Buku rasmi peminat, Fairy Tail + telah diterbitkan pada 17 Mei 2010 di Jepun. Lagi crossover dengan siri pertama Mashima Rave telah diterbitkan pada tahun 2011.[21] Sebuah isu khas Majalah Shōnen Mingguan, telah diterbitkan pada 19 Oktober 2013, menampilkan sebuah crossover kecil diantara Fairy Tail dan Nanatsu no Taizai oleh Nakaba Suzuki, di mana artis melukis yonkoma (komik empat petak) tentang siri lain.[22] Bab crossover sebenar antara kedua-dua diterbitkan dalam gabungan isu majalah 4/5 2014, yang telah dilancarkan pada 25 Disember 2013[23]

Siri ini telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Melayu di Malaysia oleh Comics House.[24] Lima belas jilid berbahasa Melayu telah diterbitkan.

Manga spin-off

Pada Julai 17, 2014, sebuah majalah bulanan Monthly Fairy Tail telah melancarkan dua buah siri berdasarkan siri asal Fairy Tail. Spin-off pertama, Fairy Tail Zero (フェアリーテイル ゼロ, Fearī Teiru Zero), adalah permulaan cerita yang ditulis dan dilukis oleh Hiro Mashima yang hanya memfokuskan kepada Mavis Vermillion. Kedua, Tale of Fairy Tail: Ice Trail (Tale of Fairy Tail アイストレイル ~氷の軌跡~, Tale of Fairy Tail: Aisu Toreiru: Kōri no Kiseki), yang dilukis oleh Yūsuke Shirato dan difokuskan hanya kepada Gray Fullbuster yang masih budak.[25] Dua siri berakhir dalam isu terakhir majalah itu diterbitkan pada 17 Julai 2015.[26]

Spin-off ketiga bertajuk Blue Mistral (ブルー・ミストラル, Burū Misutoraru), dilukis oleh Rui Watanabe dan memfokuskan kepada Wendy Marvell, telah dilancarkan dalam majalah manga shōjo, Nakayoshi dari Kodansha pada 2 Ogos 2014 sehingga 1 Disember 2015. [27] Spin-off keempat memfokuskan "perempuan terkuat didunia", bertajuk Fairy Girls (フェアリーガールズ, Fearī Gāruzu), telah dilancarkan dalam Magazine Special dari Kodansha pada November 20, 2014 dan dilukis oleh Boku.[28] Spin-off kelima Fairy Tail Spinoff: Dua Naga Sabertooth (FAIRY TAIL外伝 剣咬の双竜, Fearī Teiru Gaiden: Kengami no Sōryū), yang dicipta oleh Kyōta Shibano yang mengisahkan ahli sihir persatuan Saber Tooth, telah dilancarkan pada 30 Julai 2015 dalam Kodansha Magazine Pocket percuma melalui aplikasi pintar.[29] Dua Naga Sabertooth berakhir pada 4 November dan siri lain oleh Shibano bertajuk Fairy Tail Gaiden: Rhodonite (FAIRY TAIL外伝 ロードナイト, Fearī Teiru Gaiden: Rōdonaito), yang memfokuskan Gajeel Redfox, telah dikeluarkan pada November 18, 2015.[30]Shibano mengakhiriRhodonite pada 30 Mac 2016 dan telah memulakan Fairy Tail Gaiden: Raigō Issen (FAIRY TAIL外伝 雷豪一閃, Fearī Teiru Gaiden: Raigō Issen), yang memfokuskan Laxus Dreyar, dan telah dikeluarkan pada 4 Mei 2016.[31]

Anime

Fail:10.16.1FairyTailCastByLuigiNovi4.jpgKakitangan dan pelakon suara anime Funimation pada New York Comic Con 2011, dari kiri ke kanan: Todd Haberkorn (Natsu), Cherami Leigh (Lucy), Colleen Clinkenbeard (Erza), Newton Pittman (Gray) dan Tyler Walker (pengarah ADR).

A-1 Pictures dan Satelight telah mengadaptasikan manga Fairy Tail kepada anime yang juga bejudul Fairy Tail telah disiarkan di TV Tokyo pada 12 Oktober 2009.[32] Siri ini telah tamat pada 30 Mac 2013,[1] akan disambung semula pada 4 April 2013 yang bertajuk Fairy Tail Best.[33] Siri ini bermula sekali lagi pada 5 April 2014 dan berakhir pada 26 Mac 2016. 41 jilid DVD mengandungi 4 episod setiap satu sudah dikeluarkan.[34] Penyiaran Animax Asia Tenggara telah menayangkan siri ini dalam bahasa Inggeris.[9] Ntv7 menyiarkan siri ini dalam Bahasa Malaysia dan 8tv dalam Bahasa Mandarin.

A-1 Pictures, CloverWorks, dan Bridge disahkan menghasilkan dan menganimasikan musim terakhir,[35][36] yang telah ditetapkan untuk 51 episod.[2]

Sekuel

Walau bagaimanapun sehari selepas tamat episod, Hiro Mashima pelukis manga ini mengisytiharkan dalam Twitternya bahawa Fairy Tail akan disiarkan semula mulai Episod 1 di TV Tokyo 6 dan bertajuk Fairy Tail Best! pada 4 April 2013 dan ditayangkan pada setiap hari Khamis pukul 5.30 petang.[37][38][39] Pada 11 Julai 2013, Mashima mengumumkan sekuel anime dapat lampu hijau.[40] Siri sekuel telah disahkan secara rasmi dalam Majalah Shonen Mingguan pada 28 Disember 2013 dan akan mula ditayangkan pada bulan April 2014.[41] Sekuel akan dihasilkan oleh A-1 Pictures dan Bridge. Semua pelakon suara siri asal dijangka kembali bersama-sama dengan Pengarah Shinji Ishihira dan penulis Masashi Sogo. Siri ini akan menampilkan reka bentuk watak oleh Shinji Takeuchi.[41] Laman web rasmi bagi sekuel telah dilancarkan pada 7 Januari 2014.[42] Lagi sekali dalam Majalah Shōnen Mingguan pada isu ke-13 bagi tahun 2014 telah menyatakan tarikh sebenar anime akan disambung pada 5 April 2014, setiap hari Sabtu pukul 10.30 pagi (JST) di TV Tokyo 6.[43] Siri kedua mengakhiri tayangannya pada 26 Mac 2016.[44] Pada 22 Mac 2016 Mashima mengumumkan sekali lagi melalui Twitter bahawa satu siri Fairy Tail baru sedang diusahakan, dianggap masih diteruskan dengan Musim 8 selepas pembubaran kesatuan selama setahun.[45]

OVA

Enam OVA Fairy Tail telah dihasilkan dan dikeluarkan pada DVD oleh A-1 Pictures dan Satelight, setiap satu digabungkan dengan edisi terhad jilid manga tankōbon. OVA pertama, Yōkoso Fairy Hills!! (ようこそフェアリーヒルズ!!, lit. "Selamat Datang ke Fairy Hills!!"), merupakan adaptasi manga omake dengan nama yang sama, dan telah dikeluarkan dengan Jilid 26 pada 15 April 2011. Kedua, Yōsei Gakuen: Yankee-kun to Yankee-chan (妖精学園 ヤンキー君とヤンキーちゃん, lit. "Akademi Fairy: Yankee-kun dan Yankee-chan"), juga merupakan adaptasi daripada omake dengan nama yang sama, dan telah dikeluarkan bersama-sama dengan Jilid 27 pada 17 Jun 2011.[46] Ketiga, "Memory Days" (メモリーデイズ, Memorī Deizu), dikeluarkan bersama-sama dengan Jilid 31 pada 17 Februari 2012,[47] dan mempunyai cerita asal ditulis oleh pencipta siri Hiro Mashima.[48] Keempat, Fairies' Training Camp, adalah berdasarkan manga bab 261, dan telah dikeluarkan dengan Jilid 35 pada 16 November 2012. Kelima, Dokidoki Ryuzetsu Land (ドキドキ・リュウゼツランド, Dokidoki Ryuzetsurando, lit. "Taman Ryuzetsu yang Menyeronokkan"), adalah berdasarkan kepada manga bab 298, dan telah dikeluarkan dengan manga Jilid 38 pada 17 Jun 2013. OVA keenam, bertajuk Fairy Tail x Rave (フェアリーテイル x レイヴ, Fearī Teiru x Reivu), merupakan adaptasi daripada omake dengan nama yang sama, dan telah dikeluarkan pada 16 Ogos 2013 dengan manga Jilid 39.[49]


Filem

Kodansha mengumumkan pada 12 Oktober 2011 sebuah filem anime yang diadaptasi daripada Fairy Tail bertajuk Fairy Tail the Movie: The Phoenix Priestess (劇場版 FAIRY TAIL 鳳凰の巫女, Gekijōban Fearī Teiru: Hōō no Miko) telah dikeluarkan pada 18 Ogos 2012.[50] Untuk mempromosikan filem itu, Mashima telah melukis 30 muka surat manga prolog "Hajimari no Asa" (はじまりの朝, secara harfiah "Pagi Pertama"), yang digabungkan dengan tiket lebih awal untuk filem itu.[51] Filem itu telah disiarkan di Animax Asia pada 23 Mac 2013.[52]

Sebuah filem anime kedua telah diumumkan pada 15 Mei 2015 yang bertajuk Fairy Tail The Movie: Dragon Cry akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Jepun pada 6 Mei 2017.[53]

Permainan video

Prmainan video pertama Fairy Tail yang menggunakan pelantar PlayStation Portable, adalah bertajuk Sunday VS Magazine: Shuuketsu! Choujou Daikessen!, iaitu permainan video berdasarkan watak-watak manga dalam Majalah Shounen Mingguan dan Ahad Shounen Mingguan. Natsu dan Lucy adalah watak utama yang boleh dimainkan diantara berpuluh watak-watak dari manga lain yang boleh dimainkan.[54] Erza, Gray dan Makarov menjadi watak pembantu dalam permain video ini.[55] Pelakon suara bagi Lucy dan Natsu ialah Mika Kikuchi (Lucy) dan Miyu Irino (Natsu) kerana permainan ini dikeluarkan sebelum penghasilan anime yang disuarakan oleh Tetsuya Kakihara dan Aya Hirano.

Sebuah permainan video aksi untuk PlayStation Portable yang berjudul Fairy Tail: Portable Guild telah diumumkan di Tokyo Game Show 2009.[56][57] Permainan ini dibina oleh Konami dan dikeluarkan pada 3 Jun 2010. Dua sekuel untuk Portable Guild telah dikeluarkan untuk PlayStation Portable:-

Judul SekuelTarikh Pengeluaran
Portable Guild 210 Mac 2011
Fairy Tail: Zeref Kakusei (FAIRY TAIL ゼレフ覚醒, Fairy Tail: Zerefu Kakusei, lit. Fairy Tail: Zeref Awakens)22 Mac 2012

Audio

Setiap muzik tema latar belakang original (Original Soundtrack Theme ataupun OST) digubah oleh seorang komposer yang terkenal, Yasuharu Takanashi. Sejak Mac 2013, sebanyak empat cakera padat berasingan dijual memuatkan semua muzik latar belakang dalam setiap episod anime.

JilidTarikh Pengeluaran
16 Januari 2010[58]
27 Julai 2010[59]
36 Julai 2011[60]
420 Mac 2013[61]

Beliau juga menggubah lagu bagi setiap watak

PerkaraArtis (Watak yang dipegang)Tarikh PengeluaranCatatan
Single PertamaTetsuya Kakihara (Natsu) dan Yuichi Nakamura (Gray)17 Februari[62]
Single KeduaAya Hirano (Lucy) dan Rie Kugimiya (Happy)3 Mac 2010[63]
Album
"Eternal Fellows"
Tetsuya Kakihara (Natsu) dan Aya Hirano (Lucy)27 April 2011Pernah digunakan dalam semua OVA sebagai lagu pembukaan dan lagu penutup

Lain-lain lagu dalam album tersebut turut dinyayikan oleh Yuichi Nakamura (Gray), Sayaka Ohara (Erza), Satomi Satō (Wendy), Wataru Hatano (Gajeel), dan duet daripada Rie Kugimiya (Happy) dan Yui Horie (Carla).[64]

Pada 11 Februari 2012, sebuah program radio internet Stesen Radio HiBiKi menjadikan pelakon suara anime Tetsuya Kakihara (Natsu) dan Mai Nakahara (Juvia) sebagai juruhebah radio.[65]

Rujukan

WikiPedia: Fairy_Tail http://manga.about.com/od/mangaartistinterviews/a/... http://manga.about.com/od/recommendedreading/tp/20... http://www.animax-asia.com/programs/fairy-tail-all... http://www.animax-asia.com/programs/fairytail http://www.animax-asia.com/shows/fairytail2 http://www.animaxindia.com/shows/fairytail http://www.animenewsnetwork.com/convention/2011/ne... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/interview/2008-08-...