Tetsuya_Kakihara

Tetsuya Kakihara (柿原 徹也, Kakihara Tetsuya, lahir pada 24 Disember 1982 di Düsseldorf, German Barat) ialah seorang pelakon suara Jepun. Sebelum ini beliau pernah bekerjasama dengan 81 Produce dan kini beliau bekerja sambilan pada Jun 2013.[1]Sejak 2010, Kakihara sedang bekerjasama dengan Kiramune, seorang pemuzik untuk Bandai Visual Co., Ltd. dan Lantis, di mana beliau menghasilkan debut album mini pertamanya, Still on Journey. Single pertamanya, "String of Pain", dikeluarkan pada 6 Februari 2013 sebagai salah satu lagu tema akhir untuk anime Hakkenden: Eight Dogs of the East semasa beliau menjadi pelakon suara utama bagi anime tersebut sebagai Shino Inuzuka.[2] Beliau telah mengeluarkan tiga album mini, dan satu single. Single keduanya , "Generations", dijadualkan keluar pada 18 September 2013.[3]Kakihara terkenal dengan menyuarakan peranan lelaki muda dengan personaliti yang bersemangat seperti Natsu dari anime Fairy Tail. Dalam permainan dan drama CD, beliau memainkan peranan remaja / matang, di mana beliau menggunakan suara lembut, manis, dan misteri, dalam permainan-permainan Otome seperti Shin daripada siri permainan PSP Amnesia. Seperti pelakon suara lelaki Jepun yang lain, beliau juga aktif dalam Drama CD dan anime bergenre [[Yaoi], dan biasanya memainkan sebahagian peranan uke, seperti Akihito daripada Finder Series, artis manga cinta lelaki popular karya Ayano Yamane.

Rujukan

WikiPedia: Tetsuya_Kakihara http://www.anime-amnesia.com/ http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/peopl... http://kakiharatetsuya.cocolog-nifty.com/blog/ http://kakiharatetsuya.cocolog-nifty.com/blog/2013... http://www.e-fanclub.com/kirafes2012/index_cart.as... http://fairytail-hq.com/thread-2063.html http://kakiharainfo.blog.fc2.com/blog-entry-212.ht... http://gematsu.com/2012/11/tales-of-hearts-r-debut... http://books.google.com/books?&as_brr=0&as_epq=Tet... http://news.google.com/archivesearch?&as_src=-news...