Watak Fairy_Tail_Zero

Mavis Vermillion (メイビス・ヴァーミリオン, Meibisu Vāmirion)Disuarakan oleh: Mamiko Noto[1] (Bahasa Jepun), Leah Clark[2] (Bahasa Inggeris)Mavis ialah seorang gadis berusia 13 tahun yang menjadi induk penubuhan persatuan Fairy Tail. Dia ialah seorang remaja yang kelihatan riang yang mengejutkan orang lain dengan akalnya yang luas dan keupayaan untuk mencipta ilusi yang meyakinkan orang, haiwan dan raksasa. Dia tinggal di Pulau Sirius selepas kampungnya telah diserbu oleh persatuan Blue Skull. Selepas Jed Sirius pulau suci itu dicuri, Mavis mengiringi sekumpulan pemburu harta untuk mendapatkannya kembali.Zera (ゼーラ, Zēra)Disuarakan oleh: Kana Hanazawa[3][4] (Bahasa Jepun), Jeannie Tirado[2] (Bahasa Inggeris)Zera ialah anak manja ketua Red Lizard iaitu Zeeself yang menjadi teman yang paling rapat Mavis selepas terselamat serangan Blue Skull. Dietahui kemudian bahawa Zera terkorban dalam serangan itu, dan gadis itu yang mengikuti Mavis sepanjang siri ini ialah satu ilusi sahaja yang hanya Mavis boleh melihat dan mendengar.Yuri Dreyar (ユーリ・ドレアー, Yūri Doreā)Disuarakan oleh: Katsuyuki Konishi[1] (Bahasa Jepun), Clifford Chapin[2] (Bahasa Inggeris)Yuri bapa Makarov Dreyar pada masa depan, master ketiga Fairy Tail. Sebelum bertemu Mavis, dia seorang pemburu harta karun yang tamak dan mementingkan diri sendiri terhadap penglibatan utama menuntut Jed Sirius, relik suci dari Pulau Sirius. Walau bagaimanapun, selepas Mavis menunjukkan keadaan diri yang disenangi Yuri, dia menjadi salah seorang rakan paling dipercayai Mavis.Precht Gaebolg (プレヒト・ゲイボルグ, Purehito Geiborugu)Disuarakan oleh: Yoshihisa Kawahara[1] (Bahasa Jepun), David Trosko[2] (Bahasa Inggeris)Precht ialah salah satu sahabat memburu harta Yuri, dan pengganti masa depan Mavis sebagai master Fairy Tail yang nanti akan dikenali sebagai Hades, pemimpin persatuan gelap Grimoire Heart. Dia ialah seorang lelaki yang tegas yang tidak mempersetujui kebodohan sekutunya, dan ialah seorang pejuang mahir yang menggunakan senjata rantai berhujung bilah yang boleh ditarik balik.Warrod Sequen (ウォーロッド・シーケン, Wōroddo Shīken)Disuarakan oleh: Hiroshi Shirokuma[1] (Bahasa Jepun), Cris George[2] (Bahasa Inggeris)Warrod ialah seorang yang baik hati dan gembira dan ada sebahagian sahabat Yuri. Dia mendapat kuasa untuk mengawal kehidupan tumbuhan, dan akhirnya berada di tempat keempat di kalangan Sepuluh Wizard Saints.Zeref (ゼレフ, Zerefu)Disuarakan oleh: Akira Ishida[1] (Bahasa Jepun), Joel McDonald (Bahasa Inggeris)Zeref, antagonis utama Fairy Tail, ialah anak muda kekal abadi dan awet muda yang ditimpa sumpahan yang menyebabkan semua kehidupan di sekeliling dia menjadi layu dan mati. Identiti sebenar tidak diketahui oleh watak-watak lain, dan dia membantu kumpulan Mavis dengan mengajar mereka sihir.Zeeself (ジーセルフ, Jīserufu)Disuarakan oleh: Makoto Tamura (Bahasa Jepun), Mark Fickert[5] (Bahasa Inggeris)Zeeself ialah ketua persatuan ahli-ahli sihir 'Red Lizard' yang menzalimi hambanya Mavis dan memanjakan anak perempuannya Zera. Dia dibunuh semasa serangan Blue Skulls pada persatuannya.Geoffrey (ジョフリー, Jofurī)Disuarakan oleh: Takashi Matsuyama (Bahasa Jepun), Jeffrey Schmidt (Bahasa Inggeris)Geoffrey ialah penguasa Blue Skull, persatuan yang menyaingi Red Lizard. Selepas digagalkan oleh Mavis dan sekutu-sekutunya, dia melarikan diri untuk membentuk persatuan Phantom Lord.

Rujukan

WikiPedia: Fairy_Tail_Zero http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-03-30/mo... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-06-18/fa... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-07-18/ko... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2014/03/30-1... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2014/07/02/v... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2015/11/16-1... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2015/11/24/k... http://www.fairytail-tv.com/contents/special/zero/ http://www.funimation.com/blog/2016/02/12/fairy-ta...