Fargo_(filem)
Fargo_(filem)

Fargo_(filem)

Fargo ialah sebuah filem jenayah komedi Amerika Syarikat 1996 ditulis, diterbit, disunting dan diarahkan oleh Coen bersaudara. Ia dibintangi Frances McDormand sebagai seorang ketua polis Minnesota yang mengandung menyiasat kes pembunuhan di tepi jalan yang berlaku selepas seorang jurujual kereta (William H. Macy) mengupah dua penjenayah (Steve Buscemi dan Peter Stormare) untuk menculik isterinya dan meminta wang tebusan daripada bapa mertuanya yang kaya (Harve Presnell).Fargo dibuka di Festival Filem Cannes 1996 dimana Joel Coen memenangi won the festival's Prix de la mise en scène (Anugerah Pengarah Terbaik) dan filem ini dicalonkan untuk Palme d'Or.[4] Fargo menerima tujuh pencalonan di Anugerah Akademi ke-69 termasuk untuk Filem Terbaik dan memenangi dua anugerah: McDormand memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Coen bersaudara memenangi Lakon Layar Asal Terbaik.Pada tahun 2006, filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika yang penting" oleh Perpustakaan Kongres dan dimasukkan ke dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat untuk pemeliharaan.[5] Institut Filem Amerika menamakan ia sebagai salah satu daripada 100 filem Amerika terbaik sepanjang zaman pada tahun 1998.Filem ini telah disusuli dengan siri televisyen FX dicipta dan ditulis oleh Noah Hawley manakala Coen bersaudara berperanan sebagai penerbit eksekutif.[6]

Fargo_(filem)

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Carter Burwell
Disunting oleh Roderick Jaynes
Pengarah Joel Coen
Penerbit Ethan Coen
Penulis
  • Joel Coen
  • Ethan Coen
Pecah panggung $60.6 juta[3]
Mula ditayangkan
  • 8 Mac 1996  
    (Amerika Syarikat)  
  • 31 Mei 1996 
    (United Kingdom)
Syarikatpenerbitan
PolyGram Filmed Entertainment
Working Title Films
Sinematografi Roger Deakins
Tempoh tayangan 98 minit[1]
Dibintangi oleh Frances McDormand
William H. Macy
Steve Buscemi
Harve Presnell
Peter Stormare
Negara
  • United Kingdom[2]
  • Amerika Syarikat[2]
Pengedar Gramercy Pictures
Perbelanjaan $7 juta[3]

Rujukan

WikiPedia: Fargo_(filem) http://www.allmovie.com/work/135867 http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=fargo.htm http://www.brainerddispatch.com/fargo/fargoacdmyno... http://www.cbsnews.com/8301-207_162-57596810/billy... http://www.crimelibrary.com/notorious_murders/fami... http://www.deadline.com/2012/09/fx-teams-with-joel... http://popwatch.ew.com/2014/05/07/fargo-episode-4-... http://www.festival-cannes.com/en/archives/ficheFi... http://abcnews.go.com/WNT/story?id=2754999 http://www.hollywoodreporter.com/live-feed/fxs-far...