Farid Kamil
Farid Kamil

Farid Kamil

Dato' Farid Kamil Bin Dato' Dr. Zahari, DIMP[1] (lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, peragawan, penulis lakonlayar dan pengarah filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I'm Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[2] Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.[3][4] Beliau berkahwin dengan pelakon Diana Danielle pada 2012 dan dikurniakan dua cahayamata.[5]

Farid Kamil

Pekerjaan Pelakon, pengarah, peragawan, penulis lakon layar
Ibu bapa Dato' Dr. Zahari Che Dan (bapa)
Datin Sharifah Bardah Syed Abdilllah (ibu)
Pasangan Datin Diana Danielle (k. 2012)
Tahun aktif 1999–2018 (pengunduran selama tak terbatas dalam dunia hiburan)
Anak 2
Berat 75 kg (165 lb; 11.8 st)
Pendidikan Diploma Seni Persembahan
Saudara Fadzil Zahari (adik)
Yana Samsudin (adik ipar)
Kelahiran Farid Kamil Bin Zahari
(1981-05-05) 5 Mei 1981 (umur 38)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.84 m (6 ka +3⁄8 in)
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kediaman Putrajaya

Rujukan

WikiPedia: Farid Kamil http://www.agendadaily.com/Hiburan/bukan-mudah-baw... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/farid-ka... http://beautifulnara.com/saya-memang-nak-berbaik-d... http://www.budiey.com/filem-rempit-v3-arahan-farid... http://www.imdb.com/name/nm1767178/ http://malaysianaccess.com/farid-kamil-mahu-kembal... http://malaysianaccess.com/farid-kamil-pentingkan-... http://malaysiandigest.com/hiburan/515679-sikap-ce... http://ohartis.com/2011/06/pekida-bantah-filem-kon... http://www.rotikaya.com/jalani-pembedahan-selepas-...