Farrah_Fawcett
Farrah_Fawcett

Farrah_Fawcett

Farrah Leni Fawcett (/ˈfærə ˈfɔːsɪt/; asalnya disebut Ferrah; 2 Februari 1947 – 25 Jun 2009) ialah seorang pelakon, model dan artis Amerika Syarikat. Beliau ialah pencalon Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe, Fawcett meraih kemasyhuran antarabangsa dengan melakonkan watak penyiasat persendirian Jill Munroe dalam musim pertama siri Charlie's Angels (1976–1977).Fawcett memulakan kerjayanya pada 1960an muncul dalam iklan dan peranan undangan di televisyen.[2][3] Pada 1970an, beliau muncul dalam siri televisyen, termasuk peranan berulang dalam Harry O (1974–1976), dan The Six Million Dollar Man (1974–1978) bersama suami pertamanya, pelakon Lee Majors. Kejayaannya hadir pada 1976 apabila memegang watak Jill Munroe dalam Charlie's Angels, bersama Kate Jackson dan Jaclyn Smith. Siri ini membawa mereka kepada puncak kemasyhuran, termasuk Fawcett, yang ketika itu dikenali sebagai "Farrah Fawcett-Majors". Selepas hanya muncul dalam musim pertama, beliau memutuskan untuk meninggalkan rancangan itu, namun kembali sebagai pelakon undangan dalam enam episod musim ketiga dan keempat (1978–1980). Bagi wataknya dalam Charlie's Angels, beliau menerima pencalonan Golden Globe pertama.Fawcett didiagnosis menghidap kanser dubur pada tahun 2006, dan beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian pada usia 62 tahun. Dokumentari NBC 2009, Farrah’s Story merakamkan semangat beliau bertarung dengan penyakit itu. Beliau secara anumerta memperoleh pencalonan Emmy keempat untuk kerja sebagai penerbit di dokumentari.[4][5][6]

Farrah_Fawcett

Dikebumikan Pierce Brothers Westwood Village Memorial Park and Mortuary, Los Angeles, California U.S.
Pekerjaan Pelakon, model, artis
Pasangan Ryan O'Neal (1979–1997; 2001–2009, kematiannya)
Anak 1
Tahun aktif 1969–2006
Nama lain Farrah Fawcett-Majors
Farrah Faucet
Terkenal kerana Jill Munroe – Charlie's Angels
Meninggal dunia 25 Jun 2009(2009-06-25) (umur 62)
Santa Monica, California, A.S.
Pendidikan Universiti Texas (tarik diri)
Kelahiran Ferrah Leni Fawcett[1]
(1947-02-02)2 Februari 1947
Corpus Christi, Texas, A.S.

Rujukan

WikiPedia: Farrah_Fawcett http://www.emmys.com/celebrities/farrah-fawcett http://www.imdb.com/name/nm0000396/ http://www.kvue.com/news/local/a-side-of-farrah-fa... http://www.latimes.com/news/obituaries/la-me-farra... http://www.mtv.com/news/articles/1614686/farrah-fa... http://www.people.com/people/archive/article/0,,20... http://www.people.com/people/article/0,,20240288,0... http://farrahfawcett.remembered.com/ http://www.tvguide.com/celebrities/farrah-fawcett/... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/...