Farrah Leni Fawcett (
/ˈfærə ˈfɔːsɪt/; asalnya disebut
Ferrah; 2 Februari 1947 – 25 Jun 2009) ialah seorang pelakon, model dan artis Amerika Syarikat. Beliau ialah pencalon
Anugerah Emmy dan
Anugerah Golden Globe, Fawcett meraih kemasyhuran antarabangsa dengan melakonkan watak penyiasat persendirian Jill Munroe dalam musim pertama siri
Charlie's Angels (1976–1977).Fawcett memulakan kerjayanya pada 1960an muncul dalam iklan dan peranan undangan di televisyen.
[2][3] Pada 1970an, beliau muncul dalam siri televisyen, termasuk peranan berulang dalam
Harry O (1974–1976), dan
The Six Million Dollar Man (1974–1978) bersama suami pertamanya, pelakon
Lee Majors. Kejayaannya hadir pada 1976 apabila memegang watak Jill Munroe dalam
Charlie's Angels, bersama
Kate Jackson dan
Jaclyn Smith. Siri ini membawa mereka kepada puncak kemasyhuran, termasuk Fawcett, yang ketika itu dikenali sebagai "Farrah Fawcett-Majors". Selepas hanya muncul dalam musim pertama, beliau memutuskan untuk meninggalkan rancangan itu, namun kembali sebagai pelakon undangan dalam enam episod musim ketiga dan keempat (1978–1980). Bagi wataknya dalam Charlie's Angels, beliau menerima pencalonan Golden Globe pertama.Fawcett didiagnosis menghidap kanser dubur pada tahun 2006, dan beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian pada usia 62 tahun. Dokumentari
NBC 2009, Farrah’s Story merakamkan semangat beliau bertarung dengan penyakit itu. Beliau secara anumerta memperoleh pencalonan Emmy keempat untuk kerja sebagai penerbit di dokumentari.
[4][5][6]