Fasha Sandha
Fasha Sandha

Fasha Sandha

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984)[lower-alpha 1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak "wanita malang" dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.[1]Pada tahun 2003, Fasha membuat penampilan filem pertama menerusi filem Black Maria sebagai pelakon tambahan. Filem beliau seterusnya ialah filem komedi muzikal Bintang Hati (2004). Antara 2005 dan 2007, Fasha menjayakan watak tajuk dalam siri drama TV3, Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.[2]Fasha mempunyai pelbagai peranan utama dalam filem-filem terkenal beliau termasuk dua siri filem aksi komedi adiwira Cicak-Man (2006–08), sebagai gadis pulau Nia dalam filem 9 September (2007), sebagai pelumba kereta dalam filem aksi Evolusi KL Drift (2008), dan filem komedi keluarga Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Siri televisyen yang dibintanginya termasuk Cinta Elysa (2011), Alif Imani (2014) dan Lara Aishah (2016).

Fasha Sandha

Pasangan Toh Muda Rizal Ashram Tan Sri Ramli (k. 2012; c. 2016)
Aidil Aziz (k. 2019)
Tahun aktif 2002–kini
Anak Putra Rayfal Ramli
Putri Raysha Jemaima
Kediaman Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelakon, model, penerbit
Ibu bapa Hassan Moideen (bapa)
Hatijah Teh Man (ibu)
Kelahiran Nur Fasha Sandha binti Hassan
(1984-03-28) 28 Mac 1984 (umur 35)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Keluarga Fasyina Sandha (kakak)
Elisya Sandha (adik)
Ikmal Daniel (adik)
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6+1⁄8 in)

Rujukan

WikiPedia: Fasha Sandha http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fasha-san... http://www.astroawani.com/video-hiburan/fasha-aidi... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1278112 http://www.budiey.com/drama-seindah-sakura-tv3/ http://www.budiey.com/filem-evolusi-kl-drift-filem... http://www.budiey.com/filem-usahasama-malaysia-ind... http://www.budiey.com/gambar-fasha-sandha-di-sidan... http://www.budiey.com/sinopsis-drama-bersiri-seind... http://www.budiey.com/tv3-tv9-lancar-kempen-ramada... http://aweenlp7.fotopages.com/?entry=456782&back=h...