Felix the Cat adalah
watak animasi yang dicipta pada zaman
filem senyap. Badan hitam, mata putih, dan senyum lebarnya, ditambah oleh unsur
surealisme dalam kartun-kartunya, menjadikan Felix salah satu watak kartun paling terkenal di dunia.Masih dalam pertikaian adalah asal-usul Felix. Seorang
kartunis/
usahawan filem berbangsa
Australia bernama
Pat Sullivan, iaitu pemilik watak Felix, mendakwa dirinya sebagai pencipta kucing cereka ini sepanjang hayatnya; padahal ramai orang Amerika memberi penghargaan kepada
juruanimasi AS
Otto Messmer, ketua animasi Sullivan, sebagai pencipta Felix kebelakangan ini. Ada sejarawan yang berhujah bahawa Messmer
penulis siluman untuk Sullivan namun tuntutan Messmer sebagai pencipta belum terbukti. Yang pastinya, Felix lahir di studio Sullivan, dan kartun-kartun Felix menikmati kejayaan dan kemasyhuran pada 1920-an.Dekad 1920-an merupakan zaman kegemilangan kucing kartun ini. Felix disiarkan dalam bentuk
komik (lukisan Messmer) mulai tahun 1923,
[1] dan menjadi hiasan pada bermacam-macam barangan seperti tembikar, mainan dan poskad.Menjelang akhir 1920-an dengan kelahiran
kartun berbunyi, populariti Felix makin pudar. Filem
Mickey Mouse buatan
Disney menyebabkan filem senyap buatan Sullivan dan Messmer yang ketika itu tidak sanggup beranjak ke filem berbunyi, seakan-akan ketinggalan zaman. Pada tahun 1929, Sullivan akhirnya beranjak dan mula mengedarkan kartun Felix berbunyi menerusi
Copley Pictures. Filem-filem berkenaan nyata tidak disambut baik dan berakhirnya penghasilan filem Felix pada tahun 1930. Sullivan meninggal dunia pada tahun 1933. Felix menikmati kebangkitan semula sesingkat tiga kartun oleh
Van Beuren Studios pada tahun 1936.Kartun Felix mula bersiaran di TV Amerika pada tahun 1953. Sementara itu,
Joe Oriolo yang ketika ini sebagai pengarah komik Felix, memperkenalkan wajah baru Felix yang "berkaki panjang" dalam siri animasi TV. Oriolo juga memperkenalkan watak-watak baru, di samping mengurniai Felix sebiji "Magic Bag of Tricks", yang boleh bertukar menjadi pelbagai bentuk sesuka hati Felix. Sejak itu, kucing ini juga membintangi siri TV lain dan dua
filem. Felix masih terpapar pada pelbagai barangan sampai hari ini, baik pakaian mahupun mainan. Anak Joe Oriolo, Don Oriolo, kini menguasai karya kreatif untuk filem Felix.