Juruanimasi
Juruanimasi

Juruanimasi

Juruanimasi ialah artis yang mereka berbilang imej bergelar bingkai atau kerangka, dan kerangka kekunci yang membentuk ilusi pergerakan iaitu animasi apabila dipaparkan dengan secepatnya. Juruanimasi bekerja dalam pelbagai bidang termasuk filem, televisyen, permainan video, dan internet. Biasanya, sesuatu kerja animasi memerlukan kerjasama beberapa orang juruanimasi. Kaedah-kaedah mereka imej atau kerangka untuk hasil animasi bergantung pada gaya kesenian dan bidang juruanimasi berkenaan.Artis-artis lain yang menyumbang kepada kartun animasi selain juruanimasi, termasuk pelukis susun atur (yang mereka latar belakang, pencahayaan, dan sudut kamera), artis papan cerita (yang melakarkan panel-panel aksi berdasarkan skrip), dan artis latar (yang melukiskan "suasana"). Lebih-lebih lagi, pelakon suara, pemuzik dan lain-lain lagi diperlukan untuk memperkayakan lagi hasil animasi.