Kaedah Juruanimasi

Dahulu kala, proses animasi ini amat sulit memakan masa yang amat lama; setiap kerangka dalam babak yang disediakan dilakar dengan tangan, kemudian disusun dalam helaian-helaian seluloid untuk disurih dan diwarnakan. Selepas itu, seluloid tersebut dikumpulkan bersama dan dirakam dalam filem, satu kerangka sekali.[1]

Kini, sudah ada bermacam-macam kaedah animasi. Kartun masa kini boleh direka menggunakan mana-mana kaedah yang sesuai, kebanyakannya menggunakan komputer agar proses animasi lebih cepat dan cekap, sekaligus membolehkan kerja juruanimasi lebih mudah dan kreatif.