Sejarah Festival_Filem_Malaysia

Berikutan perkembangan filem di Malaysia yang semakin berkembang, satu usaha dilakukan oleh sasuatu pihak untuk mengiktiraf hasil kerja filem anak tempatan. Walaupun kutipan filem tidak beberapa baik, namun usaha oleh yang dilakukan oleh pihak Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) berhasil dengan terlaksanalah sebuah majlis yang gilang gemilang dalam menghargai karya tempatan, maka Festival Filem Malaysia Pertama diadakan. Tidak seperti negara Amerika Syarikat yang mempunyai satu badan yang menilai, mengkaji dan menganjurkan majlis pertandingan dan penganugerahan filem, sebaliknya FFM bergerak atas tanggungjawab badan-badan karyawan untuk menganjurkan majlis ini.[3]

Untuk melaksanakan majlis perfileman, mereka merujuk kepada video majlis Festival Filem Cannes kepunyaan seorang kenamaan. Berdasarkan video tersebut, mereka menjalankan majlis tersebut. Selama dua majlis dianjurkan oleh EJA. Selepas FFM, tanggungjawab itu diserahkan oleh oleh FINAS. Pada Festival Filem Malaysia ke-19, tanggungjawab diserahkan kepada PFM bersama GAFIM. Dan pada majlis seterusnya diambil alih oleh FINAS semula. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, GAFIM sekali lagi mengambil semula tanggungjawab sepenuhnya penganjuran majlis. Namun, akibat beberapa kontroversi yang berlaku seperti kemenangan Presiden GAFIM untuk Pengarah Harapan dan filem Libas arahan presiden GAFIM, Jureyy Latiff memenangi Cerita Asal Terbaik, GAFIM masih menimbangkan untuk menjadi penganjur.[4]