Festival_Filem_Malaysia_ke-30

Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.[1] Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini[2] dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.[3][4]Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik,[5] manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.

Festival_Filem_Malaysia_ke-30

Penyampai pra-acara
  • Nadia Nash
  • Radin
  • Isha Norsham
  • Daniel O' Neil
Penerbit Nelhanan Mansor
Pengarah Terbaik Namron
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida
Tarikh 30 Mac 2019
Penghargaan terbanyak One, Two, Jaga (6)
Rangkaian Astro Ria
Tempoh masa 3 jam
Pengacara Nabil Ahmad
Adibah Noor
Pencalonan terbanyak One, Two, Jaga (9)
Dukun (9)
Filem Terbaik One, Two, Jaga
Tempat Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Pelakon Lelaki Terbaik Rosdeen Suboh
Pengarah Muhd Dzakirin Rozyzan